13 di jabor - Google Blog Search |
~Rentak Alam & Kehidupan~: Sdn. Bhd... Posted: 24 Jun 2011 02:01 AM PDT Dalam keheningan suasana.. di kala hujan turun, mahupun di teduhan terik mentari.. saat bicara bersama alam.. luarbiasa sekali perasaan ini.. membuatku berfikir kembali, kehidupan kini yang seperti 'dua alam'.. Alam Nyata & Alam Maya.. sejak kebelakangan ini, diri ini lebih senang menyepi dari Alam maya.. mana taknya - bila jasad sudah ada di rumah, macam-macam aktiviti boleh buat dengan keluarga.. Dari alam maya mungkin kita boleh pelajari pelbagai ilmu.. namun takkan serupa pelajaran dari pengalaman secara nyata.. (sebab itu dalam menuntut ilmu lebih aula bersama guru~ ada berkatnya yang tersendiri, InsyaAllah) kehidupan ini adalah tarbiyyah bagi sesiapa yang mahu mengambil iktibar.. Minggu ini bermulanya kerjalapangan secara sendirian berhad.. Hari pertama ke Pantai Teluk Cempedak untuk mencerap batu Granit.. terkejut bercampur sedih melihatkan kawasan itu kian punah, laluan jambatan sepanjang pantai itu sudah ditutup kerana tidak selamat (banyak bahagian dah roboh) Hari kedua, target untuk ke simpang Bulatan Bunga Cengkih, mencari kembali singkapan tanah basalt dan tanah granit yang bersempadan (pernah kerjalapangan di sini sewaktu 1st year).. Namun akhirnya pening sendiri.. hanya landmark tertentu yang mampu dikenalpasti.. dugaan~ >_ bila dah rujuk kembali di Google Maps tambahan dengan bantuan penyeliaku Dr. Wan, InsyaAllah dipermudahkan.. > Hikmah 'kepeningan' - dapatlah dibiasakan diri ini dengan jalan-jalan sekitar Kuantan (walaupun menetap di Kuantan, tak semestinya pakar dalam jalannya - bagi diriku la~ sebab tak selalu keluar jejalan! jeng..) *Rancangan hujung minggu - ambil sampel air sungai pula~ Sebelum ini sebarang kerjalapangan dijalankan bersama rakan-rakan se-batch.. Buat rakan-rakan yang turut sama menjalankan kajian / persediaan tesis, InsyaAllah dipermudahkan segalanya.... all the best meh..
|
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan