13 di kuala berang - Google Blog Search |
TERATAK BAKARIANS: Stesen Minyak Bergerak <b>di Kuala Berang</b> Posted: 05 Jun 2011 07:49 PM PDT Bismillahirrahmanirrahim... Berita gembira jika anda berkunjung ke Kuala Berang kerana jangan tidak tahu, kemudahan stesen minyak bergerak telah disediakan di kawasan tersebut. Anda tidak percaya? Kami telah melaluinya sendiri baru-baru ini apabila petrol kami kehabisan sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pusat Santuari Hidupan Liar Negeri Terengganu. Tujuan kami ke sana adalah semata-mata untuk menjenguk seekor gajah yang hidup keseorangan. Atas dasar prihatin dan simpati tahap dewata raya, kami tetap berkonvoi ke sana juga meskipun kami tahu petrol kereta To'Ki sudah berada di paras minima. Kaedahnya, kalau habis, apa nak buat. Redah saja lah. Dah takdir... Selepas puas ber'manja-manja' dengan Sang Suria, kereta To'Ki yang dipandu oleh MakLong Schumacher pantas meninggalkan jemaah yang lain di belakang demi untuk mencari setitik petrol buat bekalan meneruskan perjalanan. 'Debbor perok' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud debaran yang sangat kuat) toksah cerita la tapi seperti dikata, apa nak buat, redah je. Matlamatnya adalah untuk sampai di stesen minyak di pekan Kuala Berang dengan segera. Mulut MakLong tak putus-putus baca Ayat Kursi supaya minyak tidak kehabisan dan sempat tiba di pekan Kuala Berang. Namun seperti kata penyanyi pujaan AyahNgah, Jamal Abdillah, takdir penentu segala. Petrol kehabisan betul-betul di hadapan sebuah kedai runcit. Ahli jemaah yang lain belum kenampakan lagi. Dengan gaya macho, To'Ki keluar dari kereta dan meninjau-ninjau keadaan kedai. Dengan masih mengekalkan gaya macho dan sedikit bangga, To'Ki menganggukkan kepala sambil berkata, "Tu ada jual petrol." Oh, memang betul. Ada 2 bakul minyak petrol yang telah dimasukkan dalam botol 1.5L. Harganya? RM3 sebotol. Dalam kepala MakLong, sekurang-kurangnya isilah dalam 5 botol ke tapi kata To'Ki, 2 botol sudah memadai. Ok, jangan dibantah kata orang tua ye. Ikut saje. Maka dengan penuh gaya sambil minum air tin, To'Ki menuangkan 2 botol minyak ke dalam tangki. Jemaah yang lain tumpang gembira kerana mereka tidak perlu menyedekahkan petrol masing-masing kepada kereta To'Ki dan paling penting, tak perlu kerah tenaga tolak kereta To'Ki jika ditakdirkan petrol kehabisan dalam kawasan hutan. Perjalanan diteruskan selepas 'serangan' bersungguh-sungguh menapau roti dan air botol dibuat daripada kedai runcit tersebut. Lega, kereta boleh bergerak. Sasaran seterusnya adalah makan tengahari. Ingatkan semua orang dah kenyang tengok gajah, rupanya tidak juga. Sedang elok MakLong memecut, tiba-tiba kereta To'Ki terbatuk-batuk lagi. Aduhai seperti dijangka. Petrol dituang tidak mencukupi untuk sampai ke pekan Kuala Berang walaupun papan tandanya sudah kelihatan tidak jauh dari situ. To'Ki cuba berlagak relaks walhal dalam hati hanya Tuhan saja yang tau. Haha. Makanya dicari botol untuk mendapatkan bekalan tambahan. Mujur AyahDe ada standby botol dalam kereta dia. AyahNgah temankan To'Ki ke stesen minyak dan jemaah yang lain pula ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. MakLong sempat berpesan pada AyahNgah, "Jangan beli banyak2 ye. RM5 cukuplah," sambil menjeling pada To'Ki. "Doksoh cerita banyok2 lah. Jom derah gi beli minyok," kata To'Ki tak puas hati sambil To'Wan ketawa terbahak-bahak dan sempat membubuh sebutir, "Dia kaloh la tu kate gitu tu," kata To'Wan. Haha. Untuk pengisian kali kedua, To'Ki memberi penghormatan kepada AyahChik untuk menuangnya sambil AyahDe dan Akid men'yeper' (sila rujuk kamus bahasa Terengganu bermaksud interframe) konon-konon membantu dengan sangat gigihnya. Selepas itu, kami singgah di stesen minyak terdekat dan To'Ki terus suruh isi penuh ye. Hihi. Kesimpulannya, antara sebab To'Ki sengaja isi 2 botol je petrol sebelum ini adalah sebab barangkali To'Ki sangka ada stesen minyak bergerak di Kuala Berang. Memang bergerak sungguhlah jawabnya. Yang pertama, kat kedai runcit. Yang kedua pula, kereta AyahNgah jadi ejennya. Haha. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan