Khamis, 30 Mei 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 19 May 2013 07:16 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/hanafiah%20hospital.jpgKEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Haji Hanafiah Mat meminta kerajaan menjelaskan kedudukan Hospital Kemaman yang dilaporkan mahu dibina baru, bagi menggantikan kompleks sedia ada di Jalan Da' Omar dekat sini.

Menurutnya, hospital tersebut yang mula dibina pada tahun 1946 walau pun dipertingkatkan kemudahannya dengan bangunan baru pada tahun 1998, masih belum menampung jumlah penduduk daerah itu.

Katanya, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sudah berjanji akan pembinaan hospital baru dimulakan pada akhir tahun 2012, namun janji tersebut belum dilaksanakan.

"Bekas Adun Chukai sudah berkali-kali minta dipercepatkan pembinaan hospital baru, sekarang saya selaku Adun Chukai menggesa ianya disegerakan memandangkan pertambahan penduduk dan keperluan semasa,

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/hospital%20kemaman.jpg"MB pada bulan Ogos tahun lalu kata Hospital Kemaman bernilai RM200 juta akan dibina akhir tahun itu apabila semua proses siap dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya, tapi sebatang tiang hospital baru pun tak nampak,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi para pesakit yang terlantar di wad Hospital Kemaman pada Jumaat, 17 Mei.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memutuskan, kedudukan hospital sedia ada kerana beliau dimaklumkan hospital baru yang akan dibina itu bukan dalam Dun Chukai, tetapi dalam kawasan Dun Kijal.

Justeru itu, beliau meminta Kementerian Kesihatan mengekalkan hospital sedia ada walaupun hospital baru siap kelak.

"saya minta kementerian mengekalkan hospital ini, mungkin boleh dijadikan hospital Chukai kalau hospital baru bagi daerah Kemaman siap kelak kerana ia akan jadi satu pembaziran sekiranya bangunan dan peralatan yang ada dilupuskan begitu sahaja,"jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads