13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Trip to Akademi BOMBA <b>Wakaf Tapai</b> T'ganu - Monday, 13 August <b>...</b> Posted: 07 May 2012 04:49 AM PDT 30 April 2012 bersamaan hari Senayan, jam menunjukkan tepat pukul 17:40 sewaktu aku melangkah meninggalkan opis untuk bercuti selama 3 hari je. Malam tu lebih kurang pukul 21:30 aku bertolak balik ke kampung & sampai di rumah mak aku lebih kurang pukul 23:05. Berborak smpi tgh mlm tu perkara biasa tiap kali balik kampung walaupun tak ada topik yg menarik sangat. Bila dh betul2 ngantuk baru masuk tidur. Aku tak malas gantung kelambu & tidur di atas toto je. Padahnya mata aku sekadar mampu lena2 ayam bila tidur aku di ganggu nyamuk2 yg dahaga darah. Adeeiiii gatalnyaaa.. Lebih kurang pukul 3pagi aku terdengar bunyi moto & suara orang bagi salam. Rupa2nya Tokwan Coh yg panggil untuk memaklumkan bahawa anak dia (Senah) meninggal dunia awal pagi tu (Al-Fatihah) & mak aku adalah antara yg terawal diberitahu. Mak aku pergi ziarah & megaji & lepas tu tak tidur sampai pagi. Tidur aku pun tak nyenyak sampai ke pagi walaupun badan letih sangat. 1 Mei 2012: Cuti sempena sambutan Hari Buruh Dipendekkan crita, AlhamdulilLah majlis berjalan lancar dengan bantuan jiran tetangga. Tinggal saki-baki pinggan mangkuk cawan & yg seangkatan dengannya 2-3 lungguk menunggu untuk dicuci. Jam menunjukkan pukul 10:45 malam sewaktu abg2 aku sampai dalam rintik2 hujan. Tapi tak basah sangat pun. Sambil sembang2 kosong kami pekena kopi dengan niat untuk mencerahkan biji mata. Almaklum nak memandu lebih 400km nanti. Aku menyibukkan diri dengan menyusun beg2 di dalam kereta. Gambar bawah: Adik aku yg no7 (Abdul Rahman) dgn mak aku di depan masjid tempat kami bersolat subuh. Gambar bawah: Man bersama sahabat baru sendang menyemak senarai dokumen Gambar bawah: Man... siap sedia unt melaporkan diri (dgn tali leher merah yg pihak Akademi bagi). Gambar terakhir sebelum kami tinggalkan Man di situ. Maka terputuslah segala jenis komunikasi selama 2 bulan bermula dari tarikh lapor diri (kecuali kecemasan). No handphone, no ipad, no laptop & yg sewaktu dengannya. Pukul 10am kami terdengar pengumuman dari pihak pengelola memaklumkan bahawa para ibu-bapa & waris dikehendaki meninggalkan kawasan Akademi BOMBA tu pada pukul 11 pagi. Man tengah sibuk di tengah padang & memang tak sempat nak tungg dah. Tapi sebelum tu kami semua sudah pun sersalaman & berpesan2 di antara Man & kami semua. Jadi kami mengambil keputusan untuk beredar dari Akademi BOMBA tu sebelum pukul 11 pagi. Alang2 dah sampai ke T'ganu, kami ambik kesempatan unt bersiar2 di kawasan berdekatan. Gambar bawah: Mak aku di depan pintu masuk ke Taman Tamadun Islam Di depan gerbang masuk ke Masjid Kristal Gambar bawah: Mak & adik bongsu aku tengah tayang handphone.. dok ejas sudut nak ambik gambar Masjid Kristal Dari kiri: Abg Long (Abg D), AbgNgah (Abg Sani) & Mak Haa... yg dok peluk mak dia ni kenai kot? Gambar bawah: Aku berada betul2 di bawah lampu ni Gambar bawah: Sabariah & Mak di dalam Masjid Gambar bawah: Mimbar di dalam Masjid Kristal Sebahagian dari ukiran khat Amboi amboiiiii Sabariaaaahhh Pintu keluar (dari dalam Masjid Kristal) Whooppsss... tukang ambik gambar tak dan nak duduk Cukup lah gambar2 ni yer... Next.... kami menuju ke tempat tempat mengisi perut iaitu Kopok Losong Kak Yah yea yeaaahhh... 20 ketul yg rebus & 20 ketul yg goreng. Air sniri order. AlhamdulilLah kenyang jugak meratah kopok Kak Yah ni. Sedap.. tapi kalu bli bawak balik tak sedap pulak. Harap mahap.. gambor tak der Destinasi seterusnya ialah tempat menyoping iaitu Pasar Payang.. harap mahap... (harap mahap gambor tak der..) Beli serba sikit buah tangan unt para waris di kampung. Kami tak lama di Pasar Payang sebab masa pun terlalu suntuk. Lepas solat Zohor terus balik. Persinggahan seterusnya (dalam perjalan balik) ialah di Masjid (aku tak ingat nama kawasan & nama masjid tu) unt tunaikan solat Asar & tunggu waktu Maghrib. Sesudah Maghrib kami bergerak menuju ke Bukit Bunga di Kelantan unt cuci mata tengok2 apa benda yg berkenan. Tapi tak dak apa yg melekat di hati pun. Aku sekadar mengisi perut dengan bihun sup & horlick panas. Abg D sekali lagi mengambil tugas memandu balik dari Kelantan. Aku? koma... sedar2 dah sampai depan rumah. Punggah barang & abg2 aku pun balik ek ruamh masing2... tak sembang panjang dah & terus bummmm... lena. Tamatlah sudah alkisah perjalanan pergi & balik. |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan