13 di jabor - Google Blog Search |
- Bapa Lihat Anak Turun Dari Kereta Dirempuh Kenderaan
- Pergi Dungun melalui jalan <b>Jabor</b> > Entri khusus untuk
- WAN HAIRUL ANUAR kepada DR KHATA <b>JABOR</b>
Bapa Lihat Anak Turun Dari Kereta Dirempuh Kenderaan Posted: 05 Sep 2012 08:18 PM PDT Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya berusia lima tahun dalam kenderaan ketika menunggu bantuan mekanik di seberang jalan mengundang tragedi apabila anaknya yang terjaga daripada tidur terus keluar dari kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 81.5, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Bukit Besi, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Nur Anis Nabila Abdul Ghani, 5, meninggal dunia selepas dilanggar kereta terbabit ketika menuju ke arah bapanya yang berada dalam sebuah kedai makan di seberang jalan. Bapa mangsa, Abdul Ghani Abdul Rahman, 45, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, di sini untuk ke rumah ibunya di Manir, Kuala Terengganu. "Saya bertolak dari rumah jam 9 malam dan setibanya di tempat kejadian 30 minit kemudian, kereta mengalami kerosakan enjin menyebabkan terpaksa berhenti di tepi jalan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, dia cuba menghubungi mekanik membaiki keretanya, tetapi gagal berikutan liputan isyarat telefon bimbit di sekitar Bukit Besi mengalami masalah. "Selepas dua jam berusaha mendapatkan bantuan termasuk melihat jika ada rakan lalu di kawasan itu, saya yang lapar menyeberangi jalan untuk makan di sebuah kedai berdepan tempat saya meletakkan kereta," katanya. Menurutnya, ketika itu, arwah nyenyak tidur dalam kereta dan tidak sampai hati untuk mengejutkannya. Katanya, selepas membayar harga makanan dan minuman, dia berjalan keluar dari kedai untuk pergi semula ke keretanya. "Dalam suasana jalan gelap, saya ternampak kelibat arwah berlari dari arah depan kereta untuk melintas dan belum sempat saya menjerit, sebuah kereta dari arah Kuantan melanggarnya," katanya. Menurutnya, dia berlari mendapatkan anaknya itu yang terbaring atas jalan raya ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri manakala kepala, mulut dan telinganya berdarah. "Dengan bantuan pemandu yang melanggar anak, saya membawa arwah ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, tetapi arwah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun, kira-kira jam 12.30 tengah malam," katanya. Ibu arwah, Mahani Mamat, 35, berkata, sebelum kejadian, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada mengajaknya ke rumah nenek tidak jauh dari kediaman mereka. "Selepas pulang sekolah, arwah bersungguh-sungguh mengajak saya ke rumah ibu saya selepas gurunya memaklumkan ada orang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan berhampiran rumah neneknya," katanya yang hamil lima bulan. Katanya, dia bagaimanapun tidak memenuhi permintaan anaknya kerana sibuk dengan kerja rumah selain tiada orang meninggal dunia seperti dinyatakan. Mahani berkata, dia pelik apabila arwah memberitahunya terdengar orang membaca surah Yasin dalam rumah sedangkan ketika itu tiada sesiapa berbuat demikian. "Malam itu selepas mendapat tahu bapanya mahu pulang ke rumah nenek sebelah bapa di Manir, arwah hendak ikut sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian jika saya tidak turut-serta," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu. No related posts. |
Pergi Dungun melalui jalan <b>Jabor</b> > Entri khusus untuk Posted: 13 Jun 2012 05:48 AM PDT Arakian tersebutlah kisah pada cuti semester nan lalu,aku pulang ke kampung Kelana Jaya untuk berjalan sambil mencuci fikiran turun ke Pantai Timur. Misi utama adalah ke Dungun indah permai yang terletak di negeri Trengganu. Kami bertolak pagi itu dengan keahlian seramai 7 orang dan berhenti minum di kawasan rawat dan rehat yang tak berapa sedap iaitu di Genting Sempah. Duduk bersebelahan dengan aku ialah host jalan-jalan Dungun, gadis lemah lembut ayu pemalu tapi hebat berbahasa Inggeris Cik Wahida, yang kami panggil dengan nama manjanya Wieda. Terer ek mak kita yang dah usia 72 tahun tu,. boleh follow perjalanan yang ku anggap jauh dan agak meletihkan bagi mereka yang seangkatan usia dengan beliau. As usual, my sister must be in the picture, maksud aku kemana kami berjalan dia mesti dan diwajibkan jadi tekong, memandangkan pengalaman serta rekod cemerlang yang dipegang sepanjang handle any trip famili. Aku ni bukan ingat sangat jalan yang kami lalui. Fokus ku adalah lebih terarah kepada merakam panorama yang menerujakan.Maka bermulalah satu perjalanan yang panjang, tetapi bagiku adalah pendek disebabkan keasyikan melihat pemandangan indah. Kami melalui jalan yang disebelah kanan,.dan melepasi cabang itu aku dapat melihat dengan sangat jelas perkataan Puspen Karak di atas bukit sebelah kanan. Adalah difahamkan bahawasanya tempat ini adalah tempat bagi memulihkan penagih dadah. Melepasi Puspen, dari jauh ku lihat awan bergulung-gulung seperti kapas dan jaraknya bukan nya pendek,sangat panjang dan saujana mata memandang meliputi sekeliling "round the clock" Mata ku terpegun,terpana, terlekat di kaki langit Allah, dan aku dapat melihat dengan sangat jelas awan-awan itu sangat mesra dengan manusia,. seperti dapat aku capai dari tingkap kenderaan. Aku rasa kecil dan kerdilnya diri berada dibawah gulungan awan Allah Yang Hebat, Aku memang sangat suka awan dan sangat sayang awan. ...dan awan-awan pujaan ku itu semestinya dimiliki dan dicipta oleh Dia. Dia lah yang mencipta alam yang indah ini. Alam yang dikaryakan adalah sangat Agung dan tiada apa pun boleh menandingi kehebatan Nya. Dari awan yang bergulungan,.. marilah kita meneruskan perjalanan. Kita bakal melalui sebuah jambatan yang merentasi sungai Pahang yang dimana dihiasi dengan pintu gerbang. Inilah jambatan Temerloh...yang mempunyai dua pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang memasuki negeri Pahang..Aku pernah merakamkan gambaran ini di waktu dan masa yang berbeza. Jika rajin boleh saja kalian ziarah di sini : maka begitulah kejadian alam.... siang berganti petang..... ke senja...... ke malam... Alam tetap setia menanti tetamu yang datang silih berganti menikmati keindahaan dan kecantikan yang dicipta Melepasi pintu gerbang itu,.dari jauh aku dapat melihat satu lagi kecantikan alam iaitu langit yang membentuk huruf S Cantik sungguh awan S ini, terasa seperti baru sahaja aku melihatnya di langit nan biru Dari jauh dapat ku lihat kepulan awan yang mungkin sahaja mengelilingi Tasik Cini, Pahang Silalah layan gambar -gambar berikut dengan perasaan syahdu..cewah Maka kita mulai memasuki jalan alternatif.. Ingatkan tak lah ramai yang ikut jalan ni.. masa ni dah masuk waktu makan tengahari dan perut pun dan bising buat perangai rasa-rasanya kita sedang melalui kawasan felda/felcra Sedap ek kalau dapat singgah makan kat warung gini,masakan pure orang kampung Inilah balasan yang diberi bila kita melalui jalan alternatif, indah,aman,tenang. Boleh nampak road to road, tapi jangan memandu sendirian, aku jangkakan adalah bahaya you Mungkin ini adalah sekolah atau kolej baru Kehidupan yang sederhana, dan kita semua mempunyai jalan hidup yang tersendiri Hidup sederhana sekalipun,. keselamatan diri janganlah diabaikan..malang tidak berbau.. cantik...seperti kata orang putih...country road..oh country road take me home...to the place ..I belong..Perang poster rupanya telah bermula.. Nama kampung ni..Kampung Baru Ayer Jerneh. Ejaan pun stail orang lama. Lapar doh weh... Yes bang,.order apa ya,teh ais o teh o ais ? kita telah memasuki territory Paka yang terkenal dengan industri minyak tanahair dan sudah tentu bercap kan Petronas Dari jauh kita boleh melihat kawasan ini ada minyak.... ni ha kat bawah..tanda kawasan ni ada minyak cantik,,macam castle yang unik Yeahyy!!kita telah memasuki Dungun.....welcome to Dungun kawan-kawan hahaha.....................sabo je lah...adakah anda suka buang sampah dari kenderaan especially kulit rambutan? yang kita lalui dibawah ni...adakah Sura Gate?..ye la kot dik...cuti sekolah dok g mano ke weh.. Bila masuk je kawasan ni hati terimbau ke kenangan nan lalu bersama Allahyarhamah kakak ku Azlina Dungun sejuta kenangan....disinilah cinta seni ku bersemi... Dungun nan indah...suci terpelihara.. damai...tenang... sayu... bersambung.... |
WAN HAIRUL ANUAR kepada DR KHATA <b>JABOR</b> Posted: 15 Aug 2012 03:29 PM PDT With Greetings (Dengan ucapan): Pohon saga tangkainya berayun, Salam Aidilfitri, Wan Hairul Anuar Kamaruddin |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan