13 di chukai - Google Blog Search |
- Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Bulan 'mengambang' <b>di</b> Dun <b>...</b>
- AQILAHAIQAL : OurPrideOurJoy: AAC <b>di Chukai</b> Kemaman
- RAKYAT <b>CHUKAI</b> KECEWA WAKILRAKYAT BAHAM TANAH
Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Bulan 'mengambang' <b>di</b> Dun <b>...</b> Posted: 20 Jul 2012 08:22 AM PDT SALAM FOR ALL; Salam Ramadan khas untuk umat Islam khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Kemaman yang akan berpuasa bersama-sama umat Islam seluruhnya. Ini bermakna, 1 Ramadan yang bakal disambut pada hari Sabtu (21 Julai 2012) menjadi bulan tarbiyyah kepada umat Islam khususnya para pejuang agama Allah swt. Apa yang menariknya, sehari sebelum Ramadan dalam kesibukkan pihak berkuasa melihat dan menentukan nampaknya 'anak bulan' bagi membolehkan umat Islam di negara ini berpuasa. Di Bandar Chukai Kemaman, telah muncul 'ibu bulan' yang amat besar dan setakat ini paling besar pernah dinaikkan khususnya di Dun Chukai ini. Besarnya, 'ibu bulan' tersebut diterjemahkan dalam bentuk bendera sebuah wadah perjuangan Islam yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata setakat ini pihak Dun Chukai telah berjaya memasang hampir 25 buah bendera 'gergasi' dan yang ini paling besar berbanding sebelumnya. Menurutnya, bendera ini bersaiz 16 x 20 kaki yang dipasang di hadapan Pasar Besar Chukai di Kampung Tengah, Chukai Kemaman. "Insya'Allah, setakat ini kita (PAS) telah pasang hampir 25 buah bendera besar di Dun Chukai ini dan mungkin kita akan buat lagi yang lebih besar dari ini jika pilihan raya masih jauh. "Ini semua, semangat anak-anak muda yang inginkan perubahan. Kita (PAS) ikut 'mood' orang muda yang mahukan bendera kita bagi bendera," ujarnya ketika ditemui selepas menaikkan bendera tersebut. Katanya, bendera PAS yang besar itu seolah-olah sedang 'mengambang' dan petanda kemenangan Islam semakin dekat. Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin Umno semakin lumpuh di negeri ini dan Barisan Nasional (BN) akan 'stroke'. "Marilah kita (rakyat) sama-sama berdoakan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu dan amnya berjaya ke Putrajaya. "Umno nampak sudah lumpuh dan BN juga bakal terkena 'stroke' berhadapan dengan kuasa rakyat pada PRU13 ini, Insya'Allah," tegasnya. Justeru, Haji Hanafiah menyarankan agar rakyat meletakkan dalam minda masing-masing yang Umno-BN sudah kalah dan digantikan dengan PAS. Menurutnya, sudah tiba masa pengundi pula mempergunakan Umno-BN dan bukan lagi membiarkan parti itu mempermainkan rakyat. |
AQILAHAIQAL : OurPrideOurJoy: AAC <b>di Chukai</b> Kemaman Posted: 08 Jul 2012 06:54 PM PDT entry kali ni ibu nak citer pasal assessment yang ibu hadiri untuk post Juruaudit W41 kata ringkasnya AAC (Audit Assessment Centre) ACC telah diadakan di INTAN Caw Wilayah Timur, Kemaman ia telah diadakan pada 31.6.2012-1.7.2012 ibu , ayah & adik bertolak ke Telok Kalung pada 30.6.2012, jam 3.30 ptg.. saja nak bermalam di rumah ayah de supaya pagi tu x kalut nak mencari tempat.. ibu terpaksa tinggal along dengan makcik sebab Ahad tu along sekolah... on the way to Teluk Kalong muka yg x berapa nak comel ada kat umah ayah de dah...adik riang bermain tanpa ingat kat along pun... suka lah sangat adik nak mendukung sepupunya ni..mentang2lah si Syakila ni kecit jer & ringan.. konfem boleh angkat.. pagi, 30.6.2012 jam 9.30pagi bertolak dari umah ayah de.. berdebar2 dalam hati nih... tapi maintain happy je la kan... on the way to Chukai jambatan baru yang ntah bape lama nak siap.. sampai dah di INTAN Caw Wilayah Timur tempat cantik, tepi pantai masuk2 je jumpa playground.. apalagi, anak dara ku ini excited nak main buai sebelum berpisah ngan ibu.. kebetulan jumpa pulak kak nora & the gang dah berada dalam dewan untuk taklimat.. kena pakai bib tu sebagai pengenalan diri.. sama la gayanya mcm masa ibu hadiri assessment for post Penguasa Kastam ini dia bilik penginapan kami satu bilik 2 orang ibu sebilik dgn calon dari Kelantan, Nor.. nama penuh x igt daaa...sempat bertukar no.phone masuk2 jumpa bilik air dulu.. bilik agak besar, boleh la untuk menumpang 1 malam view dari balkoni siap ada jemuran sibuk2 prepare presentation public speaking utk esok, sempat lagi bersnap2..huhu aikk, xde lak citer sal perjalanan program yek.. ok, actually lepas pendaftaran tu, terus ada taklimat & cek air kencing.. kemudian terus ke bilik yang ditentukan mengikut kumpulan.. dalam 1 kumpulan ada 7-10 orang.. Sesi 1 ialah penyelesaian masalah, dalam bahasa Melayu.. ibu rasa ok la sbb biasalah, kalu dalam BM ni boleh je ckp apa2 pun.. Sesi ke2 ialah perbincangan dalam English mak aii, dahla berhabuk speaking, tajuk lak susah giler.. ada ke patut dia suruh bincang langkah2 yang perlu diambil oleh Kerajaan Somalia untuk membanteras masalah dalaman negara diorg termasuk la isu kebuluran.. aduihh, kalu citer sal Malaysia, boleh la kita tibai je kan.. tapi apa nak buat, mereka nak pilih yg betul2 terbaek... ibu rasa down sikit lepas sesi ke 2 nih..dan kalu nak tau, ramai gak yg tarik diri lepas sesi 2 ni tau.. Sesi 3, perbincangan dalam kumpulan jugak, in BM perlu reka bandar Impian.. ibu rasa ok la, konfiden diri naik la semula.. then, sesi 4 ialah public speaking ni pun ibu x berapa nak konfiden.. tajuk yang ibu dapat ''transportation'' terlalu general, but ibu make it more specific iaitu ''public transport'' sesi kali ni macam x ok kot sbb ibu lupa satu word.. siap ngan note yg ibu pegang jatuh la..hadoii..malu sgt2.. lebih2 lagi penilai pada masa tu ibu kenal.. x-boss ibu dulu masa kat UAD KPM.. kesimpulannya, ibu x konfiden pun yang ibu akan lulus.. but, this is a good try & at least ibu ada experience for AAC rasanya CAC (kastam) x lah sesusah ini.. tapi result kastam x dapat2 lagi sampai skrg..hopefully sangkutlah mana2... tapi kalu x sangkut pun apa nak buat kan.. rezeki di tangan Allah belaka.. thats all for this entry....bai.. |
RAKYAT <b>CHUKAI</b> KECEWA WAKILRAKYAT BAHAM TANAH Posted: 17 Aug 2012 11:22 AM PDT KEMAMAN - Rakyat Terengganu terutama warga cukai dari kalangan kakitangan kerajaan, pekerja swasta,pekerja sendiri, nelayan dan petani terkejut kerana wakil rakyat yang dipilih oleh mereka mendapat Sedangkan menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, dalam masa yang sama rakyat diabaikan. "Wakil Rakyat dapat tanah, rakyat 'baham tanah', nak tanah susah, Ini sekaligus menunjukkan slogan 1 Malaysia hanya retorik,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata terdapat lagi tambahan lebih dari 12 orang wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah. Wahid mendedahkan salah seorang daripada mereka ialah merupakan ahli Exco Kerajaan Negeri iaitu Dato' Muhamad Awang Tera yang juga Adun Chukai, Kemaman. Menurut Wahid, Dato' Muhamad Awang Tera (Exco) mendapat tanah seluas dua hektar bersamaan lima ekar, di kawasan lot pertanian di kawasan Mak Lagam, Mukim Banggol Chukai, Kemaman dan tidak jauh dari kawasan padang golf yang akan dibina. Wahid berkata demikian dalam sidang medianya selepas tamat waktu Persidangan Dun Terengganu bagi Mesyuarat Penggal Kelima di Wisma Darul Iman, dekat sini, 13 Ogos lalu. sehubungan itu, Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, slogan yang dilaungkan Umno-BN "Rakyat DiDahulukan Pecapaian Di Utamakan' hanyalah slogan kosong yang tidak membawa sebarang erti. "Pemberian tanah kerajaan kepada Adun negeri Terengganu membuktikan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dilaungkan oleh Umno-BN hanyalah slogan kosong semata-mata, "sebenarnya, pemimpin Umno-BN telah mengkhianati amanah rakyat dengan mempergunakan kelebuhan mereka sebagai Adun untuk 'membaham' tanah yang lebih luas,"tegasnya. Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya menolak Umno-BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan