13 di pulau bidong - Google Blog Search |
- Terengganu My Heritage: Berbakti <b>di Pulau Bidong</b>
- Mancing <b>di Pulau Bidong</b> ~ Blog Siakappaka
- teganuku: Penemuan Harta Karun <b>Di</b> Perairan <b>Pulau Bidong</b>
Terengganu My Heritage: Berbakti <b>di Pulau Bidong</b> Posted: 24 Jun 2012 02:00 AM PDT Berbakti di Pulau Bidong |
Mancing <b>di Pulau Bidong</b> ~ Blog Siakappaka Posted: 20 May 2012 08:02 PM PDT 20 May 2012: Hadi, Hazamin & Zeman turun memancing di laut berhampiran Pulau Bidong Kuala Terengganu, kami mula bertolak dari Dungun jam 4.45am dan tiba pada pukul 5.55am di pekalan nelayan pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu, kemudian bersarapan pagi dahulu dan mula turun ke laut jam hampir 6.30am terus menuju ke Pulau Bidong untuk mencari ikan kerapu sebanyak mungkin. Kami pulang dari laut sekitar jam hampir 2.00pm kerana keadaan cuaca di laut tidak menentu menyebabkan air laut mula bergelombang kuat, dalam trip kali ini hasilnya mengecewakan masing-masing hanya dapat membawa hasil tangkapan untuk keluarga sahaja kerana air laut tidak berarus menyebabkan ikan tidak bergerak aktif dalam mencari makanan. Kami sering berpindah dari lubuk ke lubuk hasilnya mengecewakan, kemudian kami bergerak menuju menghampiri teman-teman lain yang turut sama memancing wal hasilnya mengecewakan juga. Apa pun kami tetap bersyukur kerana selamat ketika memancing dan ada juga hasilnya sedikit seperti kerapu, kerisi, remon dan sotong untuk bawa pulang ke rumah... Alhamdulillah... |
teganuku: Penemuan Harta Karun <b>Di</b> Perairan <b>Pulau Bidong</b> Posted: 20 May 2012 05:57 AM PDT Muzium Negeri Terengganu menyambut baik penemuan "harta karun" yang berupa artifak seperti tempayan, takar dan pasu oleh sepasukan penyelam tempatan di Pulau Bidong dekat Kuala Terengganu pada pertengahan Mac lepas. Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah berkata, artifak yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu merupakan tinggalan kesan penting dari segi persejarahan bermulanya ketamadunan negeri Terengganu. "Sebelum ini, kita menjumpai artifak-artifak seumpama ini dalam sebuah kapal di perairan Dungun," katanya. Terdapat ratusan artifak ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong, pada kedalaman 18 meter dan keluasan kawasan kira-kira 30 meter persegi dan Muzium Negeri Terengganu kini sedang giat mengumpul maklumat mengenainya. Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, pihaknya memerlukan kerjasama orang ramai, terutamnya penyelam untuk mencari kawasan-kawasan lain yang berkemungkinan masih ada lagi artifak seumpama itu di dasar laut perairan negara. Mohd. Yusof berkata kawasan Pulau Bidong satu masa dahulu adalah laluan perdagangan dan percaya kemungkinan terdapat kapal pecah dan tenggelam di kawasan tersebut. |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan