Ahad, 9 September 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Ogos 2012

Posted: 06 Aug 2012 10:44 AM PDT

teganuku: Benarkah Ada &#39;Ketua Menteri Besar&#39; Dalam Pentadbiran <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 12:45 PM PDT

"Juga, digembar-gemburkan ada segelintir individu yang dikatakan lebih berkuasa dalam pentadbiran negeri. Ia sehinggakan timbul cakap-cakap di belakang, antaranya 'ada segelintir individu dikatakan melangkaui tangga jawatan meninggalkan mereka yang lebih senior...' 
- Mohd Nasir Ibrahim Fikri
 
Ahli Parlimen Kuala Nerus. Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri kelmarin memberikan peringatan bahawa pegawai dan kakitangan kerajaan di Terengganu agak signifikan pengaruhnya dalam menentukan kemenangan sesuatu parti politik dalam pilihan raya.

Beliau turut timbulkan isu 'Ketua Menteri Besar' dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Apakah yang dimaksudkan beliau mengenai 'Ketua Menteri Besar'? Apakah orang ini lebih besar kuasanya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said?

Dalam temubual dengan Utusan Malaysia kelmarin bertajuk 'Terengganu Boleh Menang, Asalkan…" beliau berpendapat isu seperti ini akan menggugat kestabilan BN dan kerajaan negeri perlu memberikan perhatian mengenai keperluan menjaga hati dan perasaan pegawai-pegawai kerajaan.

"Ini memandangkan timbul cakap-cakap mengenai isu 'Ketua Menteri Besar'," katanya.

Tanpa menama atau memberikan petunjuk  mengenai orang berkenaan, apa yang ditimbulkan oleh Mohd Nasir itu perlu diberikan perhatian oleh pemimpin kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah.

"Juga, digembar-gemburkan ada segelintir individu yang dikatakan lebih berkuasa dalam pentadbiran negeri. Ia sehinggakan timbul cakap-cakap di belakang, antaranya 'ada segelintir individu dikatakan melangkaui tangga jawatan meninggalkan mereka yang lebih senior'," katanya.

Benarkah keadaan ini dan bukankah kuasa ini berada di tangan SUK?

Apakah kuasa Mazlan juga terhad berbanding orang yang dimaksudkan itu?

Mohd Nasir memberi amaran, keadaan ini samalah seperti pada 1999 apabila sesetengah orang dalam kerajaan tidak puas hati dengan Menteri Besar yang masih belum berganti.

"Para pegawai dan kakitangan kerajaan di Terengganu agak signifikan pengaruhnya dalam menentukan kemenangan sesuatu parti politik. Apabila Pas ambil alih, orang-orang mereka begitu rakus mengambil alih kuasa dan membuang pegawai-pegawai yang dilantik sebelum itu oleh pentadbiran BN," katanya.

Tetapi apabila BN waktu ambil pada 2004, BN ambil juga pegawai-pegawai yang dilantik masa Pas memerintah, kerana tidak semua yang tidak bagus.

"Inilah yang cuba saya kongsikan sebab orang dalam kerajaan ini apatah lagi kakitangan sokongan seperti kerani, mereka ini ibarat gatekeeper untuk orang kampung bertanyakan masalah setempat.

Ia termasuklah soal yang sekecil-kecilnya seperti membantu mengisi borang permohonan tanah dan sebagainya. Apa yang mereka saksikan dan isu-isu yang berlegar di jabatan mereka, itulah yang akan diceritakan kepada rakyat terutama pengundi, yang kemudian akan memangkah di kertas undi," katanya.

Mengenai isu pemilihan calon, Mohd. Nasir berharap mereka yang lama bergelumang dengan sepak terajang parti dan 'masak' dengan pengalaman diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran BN pada PRU-13 nanti.

Kopitiam <b>di Terengganu</b> tidak miliki sijil halal | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2012 02:21 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos — Tiada kopitiam di negeri ini yang memiliki sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat ini, kata Pesuruhjaya JHEAT Datuk Mohd Rozali Saleh.

Beliau bagaimanapun menjelaskan sijil halal tidak diwajibkan ke atas pengusaha kopitiam di negeri ini dan ia hanya sebagai satu aspek penambahbaikan terhadap operasi mereka.

"Kesedaran di kalangan pengusaha kopitiam masih rendah dan majoritinya memandang remeh mengenai kepentingan sijil halal. Kita tidak boleh memaksa pengusaha kopitiam untuk memohon sijil halal JHEAT kerana ia bukan wajib, cuma berharap mereka akan berusaha mendapatkannya sebagai satu aspek penambahbaikan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Katanya JHEAT berharap agar orang ramai berhati-hati ketika memilih tempat untuk menjamu selera kerana hanya premis makanan yang menerima sijil halal JHEAT sahaja benar-benar mematuhi kriteria halal jabatan itu.

"Jika orang ramai menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan "menggesa" pengusaha kopitiam mendapatkan sijil halal JHEAT, pasti ia akan memberi kesan terhadap operasi perniagaan mereka," katanya.

Sehingga kini, katanya hanya satu kopitiam di Kemaman sahaja telah memohon kepada JHEAT untuk sijil halal dan ia masih dalam proses penelitian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads