Ahad, 9 September 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Rumah Adun <b>Ajil</b> musnah dalam kebakaran <b>di</b> Hulu Terengganu <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 11:03 PM PDT

HULU TERENGGANU: Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

 
"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

http://www.hmetro.com.my/articles/RumahAdunAjilmusnahdalamkebakarandiHuluTerengganu/Article

Like this:

Be the first to like this.

1 MALAYSIA: Rumah ADUN <b>Ajil</b> musnah terbakar....Dugaan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2012 12:30 AM PDT


HULU TERENGGANU: Rumah kediaman ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.Rosol berkata, ketika kejadian semua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.

Yok Rempitan ...: Jom <b>Ajil</b> Trengganu...!

Posted: 01 Sep 2012 05:28 PM PDT

Tarikh 31hb Ogos 2012, Jumaat
Peserta, Pok Li dan aku bersama jentera BMW RT1200
Ride kali ini kami  ke Ajil untuk meninjau tapak tanah milik PokLi  bersebelahan jalan utama Ajil-K.Trengganu. Kami bercadang untuk membangunkan sebagai Pusat Cucian Kenderaan bersepadu. Jalan-jalan cari peluang menjana pendapatan tambahan  lah nih...
Bertemu diBHP Gombak jam 8.30, start ride 9 pagi. Keadaan trafik walaupun banyak kenderaan tapi lancar. Mat-motor lain dengan pelbagai jenis dan jenama motor pun ramai 

Tiba di Shell Chenor untuk mengisi minyak dan membasahkan tekak jam 10.30 pagi. Nilaian semula tangki dalam RM35. Tonggangan sedikit laju 180-200km/jam.

Kapasiti jentera dan cara tonggangan lebihkurang sama membolehkan kami menonggang dengan rentak yang tidak banyak berbeza.
Bertemu janji dengan sahabat PokLi di Ayer Putih Trengganu, dalam perjalanan antara Jabor dan Bukit Besi untuk mendapatkan stok ubat herba...ha ha..patutlah walaupun berusia tapi PokLi ni masih gagah perkasa. Ada minuman rahsia rupanya... Tiba di Ajil dalam 12 tghhari dan sempatlah bersolat jumaat disana.

Kalau berjalan dengan Bro Rosli ke Trg tempat lain takda asyik-asyik Hotel Permai In K.Trengganu...Pengawal keselamatan seolah dah kenal dan terus menunjukkan tempat parking didepan pintu masuk utama. Penginapan RM140 semalaman untuk bilik standard dengan dua katil. Tapi kami dapat 3 katil dengan kadar yang sama. Seorang rider disaat akhir menarik diri kerana mempunyai urusan lain perlu diselesaikan

Masih available..he he...Macho bro...!
Walaupun macho, cara tidor menggambarkan jiwa yang tetap sentimental ha ha...  stokin pun tak sempat nak tanggal...ish..ish

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads