13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
- Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>
- Pelajar 24 Tahun Dari <b>Hulu Terengganu</b> Ditawar Buat PhD Biokimia <b>...</b>
- teganuku: Kerana dendam, buruh mati dipukul <b>di Hulu Terengganu</b>
Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 16 Jul 2012 02:21 AM PDT HULU TERENGGANU: Hasrat seorang pembantu jualan untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mati lemas ketika berkelah di Sungai Perkelahan Belukar Bukit, di sini petang Ahad. Nurfar Ain Mohd Nor, 19, yang berasal dari Kampung Kubang Kura, Kuala Terengganu lemas kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mandi bersama lapan lagi anggota keluarga yang lain. Bapa Nurfar Ain, Mohd Nor Mamat, 56, berkata 16 anggota keluarganya pergi berkelah berikutan anaknya itu yang bekerja di Johor pulang bercuti. Menceritakan detik cemas itu, katanya tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada Nurfar Ain dan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan seorang daripada cucu lelakinya yang terkapai-kapai meminta tlong. "Saya tergamam dan bingung sekejap tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya tidak tahu berenang. Namun saya gagahkan diri diri terjun ke sungai dengan menyelamat salah seorang mereka namun saya tidak sempat menyelamatkan Nurfar (Ain)," katanya yang kemudian turut dibantu menantu lelakinya, ketika ditemui di tempat kejadian. Cucunya pula diselamatkan orang kampung yang berada di situ, katanya. Mayat Nurfar Ain ditemui penduduk kampung kira-kira 5.33 petang semalam dan dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA |
Pelajar 24 Tahun Dari <b>Hulu Terengganu</b> Ditawar Buat PhD Biokimia <b>...</b> Posted: 03 Sep 2012 10:15 PM PDT KAMPUNG KEMAT – Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu. Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini. Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya. "Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi. "Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain," katanya. Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak. "Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD," katanya. Menyentuh perancangan masa hadapan, Mohd Firdaus berhasrat bekerja di sana terlebih dahulu bagi menimba pengalaman selain peluang yang lebih banyak, namun akhirnya dia akan tetap kembali ke tanah air untuk mencurahkan bakti. "Saya menaruh keinginan untuk bekerja di syarikat berorientasikan farmasi atau ubat-ubatan kerana berminat menjalankan penyelidikan berkaitan perkara ini. Berdasarkan perancangan, saya ingin bekerja di sana dahulu selepas ini. "Bagaimanapun, ia cuma sementara untuk menimba pengalaman terlebih dahulu kerana matlamat saya ialah ingin berbakti di tanah air. Malah, jika berpeluang saya ingin bekerja di negeri kelahiran iaitu Terengganu," katanya. Ditanya mengenai sosial pergaulan sepanjang melanjutkan pelajaran di tempat orang selama ini, Mohd Firdaus berpegang teguh dengan prinsipnya untuk kekalkan sahsiah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ragam kawan-kawan. "Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan pelajar Malaysia berubah sikap apabila belajar di luar negara dan dalam hal ini saya melihat kawan-kawan banyak mempengaruhi corak kehidupan. Oleh itu, saya juga perlu bijak berkawan. "Ramai dalam kalangan pelajar dari negara-negara Eropah, bagaimanapun saya tidak mengalami masalah dalam pergaulan kerana kawan-kawan cukup menghormati saya sebagai seorang Muslim. "Hobi saya sebenarnya suka membaca, namun saya tetap meluangkan masa keluar bersama kawan-kawan termasuk menonton wayang sebagai hiburan. Pesanan ibu bapa juga sentiasa saya sematkan dalam hati serta dipegang kuat sebagai azimat benteng pertahanan diri," katanya. Sementara itu, Samsudin berkata, sebagai seorang bapa sudah pasti dia berbangga melihat pencapaian anaknya itu apatah lagi pada usia masih muda dan berharap kejayaan demi kejayaan dapat dilakar selepas ini. Samsudin berkata, dia dan isterinya memberi layanan sama rata kepada kesemua anak dan tidak memaksa memaksa mereka belajar, sebaliknya memberi galakan selain menjaga sumber rezeki. "Aspek kerohanian juga sentiasa diterapkan kepada empat anak saya yang kesemuanya lelaki. Selepas solat Maghrib setiap malam Jumaat, kami jadikan amalan membaca surah Yasin seisi keluarga sebagai rutin.," katanya. SINAR HARIAN Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
teganuku: Kerana dendam, buruh mati dipukul <b>di Hulu Terengganu</b> Posted: 10 Aug 2012 06:32 PM PDT Gara-gara perselisihan faham dan dendam, seorang buruh maut setelah dipukul menggunakan objek keras dalam satu pergaduhan di Kampung Tajin Banggol di Hulu Terengganu, kelmarin. Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun didatangi tiga lelaki berusia antara 20 dan 23 tahun yang bertindak membelasah mangsa berhampiran sebuah bengkel motosikal. Timbalan ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kejadian itu adalah rentetan perselisihan faham antara mangsa dan seorang daripada suspek beberapa jam sebelum insiden. Kira-kira pukul 9.45 malam Selasa, mangsa dipercayai menampar muka suspek dan kedua-duanya dipercayai mabuk. Berang dengan tindakan itu, suspek kemudian membawa dua rakannya membelasah mangsa, katanya kepada pemberita, smlm. "Mangsa juga dipercayai dihentak ke lantai dan dipukul sehingga pengsan, sebelum diseret dengan motosikal sejauh 700 meter dan dicampak di hadapan rumah mangsa," katanya. Hamzah berkata ibu mangsa hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi apabila ternampak mangsa terbaring di depan rumah. Ibunya cuba mengejutkan pemuda itu namun tiada tindak balas menyebabkan dia menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan. Mangsa yang dihantar ke Hospital Hulu Terengganu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira 9 pagi "Selepas dua jam siasatan dijalankan pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek di rumah masing-masing, dua daripadanya di Kampung Tajin dan seorang di Kampung Gemuruh. "Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Sementara itu, adik perempuan mangsa yang berusia 22 tahun ketika ditemui, berkata abangnya berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian. Katanya abang sulungnya itu ada menyatakan dia tidak mahu membeli baju raya pada tahun ini kerana raya tahun ini tidak memberi apa-apa makna kepadanya. "Kami sekeluarga terkejut ketika adik-adik hendak ke sekolah ternampak abang dalam keadaan terlentang di sebelah motor dengan hidung serta kaki dengan kesan disere "Pada mulanya kami ingat dia tertidur bagaimanpun selepas beberapa kali dikejut masih tiada respons dan terus menghubungi pihak hospital,"katanya. |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan