13 di dungun - Google Blog Search |
- Jenazah Hanisah Selamat Dikebumikan <b>Di Dungun</b> - Gelombang Kick
- Zamani 84: BAS EKSPRES REMPUH KEDAI MAKAN <b>DI DUNGUN</b>!
- Nota Tercicir...: Anak Jerung Paus (Whale Shark) <b>di Dungun</b>
Jenazah Hanisah Selamat Dikebumikan <b>Di Dungun</b> - Gelombang Kick Posted: 07 Sep 2012 08:37 PM PDT DUNGUN: Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lalu, selamat dikebumikan pada jam 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini, hari ini. Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung berkenaan. Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan MARA tiba di sini pada jam 6.53 pagi terus dibawa ke masjid itu untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan. Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati. Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 12.40 tengah malam tadi. Dalam kejadian itu, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran semesta baru. Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. |
Zamani 84: BAS EKSPRES REMPUH KEDAI MAKAN <b>DI DUNGUN</b>! Posted: 30 Aug 2012 06:16 AM PDT 10 Penuntut Politeknik Dungun Nyaris Maut, Bas Rempuh Kedai Makan Lepas baca berita ni di MStar Online tadi, terasa nak kongsikan di blog ini. Alhamdulillah, dilaporkan tak ada sesiapa yang mengalami kecederaan parah dalam insiden tu. Mesti cuak & trauma tu bila berhadapan dengan situasi mencemaskan macam tu. Jom ikuti kisahnya dalam artikel penuh di bawah: DUNGUN: Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini Khamis. Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan. Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian luar kedai dan mendengar bunyi bising serta teriakan daripada anak peniaga berkenaan. "Ketika berpaling, kami lihat sebuah bas meluncur laju ke arah kedai tempat duduk kami dan masing-masing cepat melompat lari menyelamatkan diri daripada dirempuh bas berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Seorang lagi pelajar, Mohd Mujiburrahman Hanafi, 18, berkata dia sempat melihat bas ekspres yang terbabas laju itu menyeret sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki dua orang. "Saya sangkakan bas itu hendak berhenti di kedai berkenaan namun kenderaan itu tetap meluncur laju sebelum melanggar sebuah kereta dan terus merempuh kedai menjual makanan basah dan kedai makan ini. "Ketika itu, saya yang panik terus menjerit dan suruh rakan lain selamatkan diri," katanya. Akibat rempuhan itu, kesemua pelajar terbabit dihantar ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki, tangan, kepala dan muka kerana dihempap kayu bangunan itu. Sementara itu, pemilik kedai, Wan Maznah Wan Abdullah, 51, berkata ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur apabila tiba-tiba terdengar anak perempuannya menjerit. Dia lantas keluar dan tergamam melihat sebuah bas dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu itu melanggar kedainya. "Ketika kejadian, kira-kira 30 pelanggan saya sedang makan sebelum dikejutkan rempuhan kuat dari bas berkenaan. "Saya bersyukur kejadian ini tidak melibatkan kecederaan yang parah kepada pelanggan serta anggota keluarga saya," katanya. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata kejadian berpunca daripada masalah brek bas yang dipandu Zahri Muda, 39."Pemandu bas itu cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - BERNAMA ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!TERBARU 30 OGOS!! GAMBAR: Kebakaran Bangunan Di Masjid Jamek, KUALA LUMPUR Petang Tadi9 Gambar Terbaru: DETIK USTAZ DON DANIYAL MELAFAZKAN AKAD NIKAH6 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS~ ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY |
Nota Tercicir...: Anak Jerung Paus (Whale Shark) <b>di Dungun</b> Posted: 26 Aug 2012 10:26 PM PDT Seminggu sebelum raya anak saudara aku Ezri Firdaus mengajak aku berbuka puasa di rumah Pak Saudaranya (bukan rumah ayahnya) untuk perkenakan Nasi Berayani Gam. Di Dungun jarang aku makan nasi berayani yang benar-benar ori. Terkenang nasi berayani masakan ayah aku. Memang dia pakar masak berayani gam. Rempahnya digiling sendiri dan semasa memasak sebahagian bara api diletakkan atas tudung periuk untuk dapatkan masakan mantap atas dan bawah. Gandum yang diletakkan keliling tudung periuk adalah 'tanda aras' untuk menentukan daging dan nasi di dalam periuk masak sepenuhnya. Semasa makan abang aku ada beritahu, nelayan Dungun tertangkap Jerung Paus hampir 600kg. Jerung Paus itu dah mati, jika hidup dia orang nak lepas semula. Oleh kerana mati abang aku bayar RM1200.00 dan menarik dengan Hilux daripada Jati ke Pasar Dungun melalui jalan rasa tanpa alas. Teruk juga Hilux itu nak menarik Jerung Paus ini. Ikan ini dibeli oleh seorang Cina untuk diberikan kepada rumah orang tua (kaum Tiong Hua) di Kuala Lumpur. Dulu tahun 2010 heboh di Mukah Sarawak pasal ikan keli gergasi. Tapi sebenarnya adalah ikan Jerung Paus yang mungkin tersesat masuk ke sungai Rejang dan menjadi 'mabuk' akibat pertukaran air masin dan tawar akhirnya tersandai di Jeti Mukah. Perairan Sabah dan Sarawak adalah tempat laluan Jerung Paus ini.Ikan itu yang beratnya 2 tan dan telah dijual dengan harga RM6 sekilo di Pekan Mukah dan sebahagian yang saksi peritiwa ini telah diberikan sekilo seorang oleh Tokey ikan di Mukah tersebut. Februari 2012 seekor Jerung Paus panjang 40 kaki telah ditangkap oleh nelayan Pakistan. Ini adalah antara yang terbesar ditangkap. Sebelum ini rekod paling panjang adalah 41 kaki. Jerung Paus adalah spesis yang menyedup makanan melalui mulut dan pernah ditangkap gambar ketika mengambil makanan pukat. Di Filipina lain pula, jerung paus ini dijadikan kawan untuk bermain. |
You are subscribed to email updates from di dungun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan