HOMESTAY WAKAF TAPAI / BUKIT PAYUNG , MARANG / AJIL / KUALA BERANG (TAMAN TAPAI INDAH). Hubungi 013-9953389 / 01119983281 ( mohd Azwan) atau 013-9255701 (Cik Som)
Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil , Wakaf Tapai dan Bukit Payung
RM 110.00 untuk malam ke- 2 hingga malam ke -5
RM 90.00 malam ke- 6 dan ke atas. - 2 buah bilik kelamin (double bed) dan 1 bilik single. - ada air-cond, televisyen, cerek elektrik, rice cooker, peti ais dll
1. 1KM - IKBN, AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT (WAKAF TAPAI) 2. 8KM - KUALA BERANG 3. 16 KM - AIR TERJUN SEKAYU, PULAU KAPAS 4. 23 KM - KUALA TERENGGANU, TASIK KENYIR 5. 6 KM ke Kolej Islam Sains Terengganu (KIST)
6. 8 KM ke Politeknik Hulu Terengganu
7. 18 KM ke MRSM Kuala Berang
8. 18 KM Ke Sek. Men. Sains Hulu Terengganu
9. Taman ini terletak di tengah pekan Wakaf Tapai- ada pasar malam, pasar tani, pasar raya Xiri, kedai runcit, kedai makan, sekolah rendah dan menengah
Plastik tilam tak sempat bukak lagi dah snap gambar. Plastik akan dibuka kemudian ye....
[unable to retrieve full-text content]homestay di wakaf tapai dan ajil. HOMESTAY TAMAN TAPAI INDAH ( WAKAF TAPAI DAN AJIL). Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil dan Wakaf Tapai. RM 120.00 untuk 1 malam. RM 110.00 ...
[unable to retrieve full-text content]homestay di wakaf tapai dan ajil. HOMESTAY TAMAN TAPAI INDAH ( WAKAF TAPAI DAN AJIL). Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil dan Wakaf Tapai. RM 120.00 untuk 1 malam. RM 110.00 ...
MARANG - Seperti dirasuk, seorang anak berusia 20an, sanggup membelasah bapa sendiri dengan kerusi tanpa belas kasihan di hadapan ibunya.
Kejadian berlaku selepas kedua orang tuanya itu tidak memberi wang seperti dimintanya.
Akibat kejadian itu, Sulong Yaacob, 72, menerima 12 jahitan pada dua jari tangan kanan, selain lebam di bawah mata dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, di sini kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang juga OKU kerana tangan kirinya cacat, bertengkar dengan anak lelakinya apabila si anak mendesak sambil memarahi isterinya, Fatimah Yusof ketika meminta wang.
Bagaimanapun, isteri mangsa, seorang tukang sapu di sebuah pusat kemahiran di Wakaf Tapai itu gagal memenuhi permintaan anak lelakinya, walaupun wang diminta hanya beberapa ringgit sahaja tidak mempunyai wang.
Sulong yang tinggal di Lubuk Bayas, Pengkalan Berangan berkata, anak lelakinya itu kemudiannya naik berang, dan secara tiba-tiba mengangkat kerusi kayu lalu mencederakannya sebelum keluar dari rumah serta menyembunyikan diri di kampung itu.
"Macam mana isteri pak cik nak beri dia pitih (wang), mana kami nak dapatkan pitih setiap hari, nak guna untuk tujuan salah pula. Pak cik lama dah tak kerja, isteri pula hanya tukang sapu.
"Gaji isteri hanya RM400 sebulan. Pak cik pula hanya dapat bantuan bulanan JKM sebanyak RM200 sebulan. Jumlah RM600 itu hanya cukup buat beli barang dapur saja," katanya.
Lebih menyedihkan warga emas itu, anak lelakinya kerap bertindak kasar terhadap dia dan isterinya, menyebabkan isterinya tidak tahan dan mengambil keputusan membuat laporan polis agar kejadian itu tidak berulang.
"Hanya dia yang berperangai seperti itu. Pak cik rasa, dia sanggup pukul bapa sendiri kerana terdesak mendapatkan barang salah," katanya yang telah berkahwin sebanyak 11 kali, dan mempunyai 10 anak.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, suspek kini sedang diburu. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan