Sabtu, 30 November 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Fauzi Sasar Realisasikan 3 Misi Di 6 Kawasan FELDA <b>Di Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2013 12:18 AM PST

Fauzi Sasar Realisasikan 3 Misi Di 6 Kawasan FELDA Di Kemaman

fauzi1

MOHD Fauzi Mat Adam, 33 tahun, merupakan anak peneroka FELDA Cerul, Kemaman baru-baru ini telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman bagi penggal 2013/2016.

Fauzi merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains (Human Development) UPM, mempunyai hasrat dan cita-cita untuk merealisasikan 3 misi yang menjadi sasaran beliau.

Sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, beliau ingin mengembleng sedaya upaya usaha untuk memastikan UMNO kekal menjadi pilihan orang muda di Kemaman.

Selain itu, beliau turut berhasrat untuk memastikan 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 1 Parlimen di Bahagian Kemaman menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Berkata kepada FeldaVoice, yang paling utama sekali bagi beliau adalah untuk terus memastikan 6 kawasan FELDA di Kemaman akan terus menjadi aset dan kubu kuat BN.

Fauzi juga turut memegang beberapa jawatan dalam arena politik iaitu Pengerusi Jentera Media Baru PRU-13 Parlimen Kemaman dan juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan FELDA Cerul 2.

Selain berpolitik, beliau juga aktif melibatkan diri dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan menjadi pemimpin didalam NGO yang disertainya.

Antara jawatan beliau didalam NGO adalah Pengerusi Perhubungan Majlis Belia FELDA Negeri Terengganu; Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Daerah Kemaman; Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) FELDA Cerul, Kemaman; dan Bendahari Kelab Sukan Komuniti DUN Air Putih, Kemaman.

Bagi seseorang yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jentera Media Baru PRU-13, beliau juga aktif menulis blog dan merupakan salah seorang penggiat media baru di peringkat negeri dan nasional.

Beliau juga turut diberikan pengiktirafan atas jasa beliau dengan penganugerah beberapa anugerah seperti Tokoh Anugerah Belia Perdana Negara (ABN) Peringkat Negeri Terengganu 2012 Anjuran Kerajaan Negeri dan Jabatan Belia Negeri Terengganu.

Selain itu beliau turut diiktiraf sebagai Tokoh Belia Kategori Kepimpinan di Anugerah Belia Negara (ABN) Peringkat Negeri Terengganu 2011 dan Tokoh Belia Cemerlang 2004 (Kategori Kepimpinan) Anjuran Majlis Belia FELDA Terengganu.

fauzi3

fauzi2

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada November 24, 2013 - 7:18 am oleh Shazuein Azmaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads