Sabtu, 30 November 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Dinner <b>Di</b> Kuala <b>Besut</b> : Restoren Ikan Bakar Singgahrasa | Syira

Posted: 10 Nov 2013 08:01 PM PST

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Salah satu sebab yang membuatkan syira tidak mahu tulis entri ini ialah kerana, ketika syira sampai di Restoren Ikan Bakar Singgahrasa ini hujan baru berhenti. So ada meja-meja yang tiada atap belum di lap. Pada syira itu normal kerana hari baru lepas hujan, dan meja yang beratap banyak lagi kosong, pelanggan juga ramai yang sedang menunggu makanan, pekerja juga sibuk kesana kemari hantar pesanan.
Tiba-tiba mari bos [jika bukan bos tak tahulah sape, dah tua, nampak duk saja je, perhatikan pekerja buat kerja] terus marah-marah pekerja yang sibuk sebab belum lap meja yang basah tu. Oleh kerana syira baru sahaja sampai, dan memang tahu hujan baru sahaja stop, so bila bos marah-marah pekerja macam tu, syira terus rasa nak angkat kaki. Sungguh mengecewakan. 
Tapi syira tengok pekerja dia hanya senyum-senyum dan cepat-cepat lap meja yang basah, kemudian angkut pinggan mangkuk kotor, kemudia berlari ambil order kemudian berlari hantar order, syira sungguh sensitif. Rasa sedih dan terkilan. 
Suasana sekitar di Restoren Ikan Bakar Singgahrasa. Bahagian pintu masuk yang sunyi dan nampak malap daripada jauh. Tapi suami mahu cuba rasa makan disini. Syira ikut sahaja.




Buku menu yang diberikan. Masakan Thai dan Masakan Melayu yang ditawarkan untuk semua pelanggan. Selain itu, Western Food juga ada disediakan. Pilihlah mana yang berkenan
Hubungi Kak Joh dan Pok Li

Menjamu mata dengan dekorasi dan suasana persekitaran restoren yang agak malap dan suram. Jimat api kot. hehe








Bahagian Western Food. Banyak juga pilihan makanan yang ditawarkan, cuma syira kurang berminat. Lagipun harganya agak mahal. hehe
Sampai sudah air yang ditempah. Suami pilih teh tarik, abang syira pilih teh  dan syira order carrot susu. 


Sotong celup tepung untuk seorang makan. Boleh tahan, rasanya macam tepung goreng pisang yang di campurkan dengan butter. Ranggup dan halus-halus gitu.

Tomyam ayam untuk seorang makan. Tomyam biasa-biasa sahaja. Ayam juga sedikit sahaja. Cair dan kurang memenuhi selera syira dan suami. Kena makan juga, membazir tau.

Daging masak merah untuk seorang makan. Daging masak merahnya biasa-biasa sahaja, tidak macam masakan thailah, macam syira masak kat rumah je. haha

Secinonet nasi. Sikit sungguh nasi, sampaikan syira pun tak cukup, padahal selalunya kalau makan kat kedai, nasi syira mesti syira bagi pada suami separuh sebab banyak sangat, tapi kali ini, syira tak bagi kat suami sebab syira pun tak cukup makan. haha.
Untuk order kami malam itu, satu teh tarik, satu teh, satu carrot susu, tomyam ayam seorang makan, daging masak merah seorang makan, sotong celup tepung seorang makan dan 3 nasi putih totalnya ialah RM28.50. Syira dan suami cakap mahal. Tapi bergantung kepada oranglah. Mahal ke murah itu tengok poket masing-masing lah kot.
Tapi sekali jelah kami makan di sini. Lepas ni tak dah la...

2 Sahabat Mati Lemas <b>di Besut</b> | Jenayah - Rakyat News

Posted: 12 Nov 2013 12:00 AM PST

alt

 

BESUT, 12 Nov - Kegembiraan lima sahabat karib menghabiskan cuti di kawasan Hutan Lipur Air Terjun Lata Tembakah , Hulu Besut dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas, petang semalam.

Mangsa Laskar Udara Mohd Farid Kamaruddin, 23, yang bertugas di Cawangan Operasi, Pangkalan Udara Gong Kedak berasal dari Cheras, Kuala Lumpur ditemui pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa tidak tahu berenang dan dilihat tenggelam timbul beberapa kali sebelum tenggelam di kawasan sedalam 3 meter pada 5.15 petang.

Mayat Allahyarham dihantar ke Hopsital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads