Sabtu, 30 November 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Panas! Ada Apa Siti Nordiana, Nubhan <b>Di Pulau Perhentian</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2013 05:22 AM PDT

6262013 nubhanana a Panas! Ada Apa Siti Nordiana, Nubhan Di Pulau Perhentian?

Panas! Ada Apa Siti Nordiana, Nubhan Di Pulau Perhentian? | Penulis ada membawa satu perkhabaran mengenai penyanyi Siti Nordiana atau Nana dengan Nubhan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim 6 (AF6).

Khabarnya Nana dengan Nubhan telah dilihat bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu sekitar pertengahan Jun, baru-baru ini. Amboi? Ada apa dengan Nana dengan Nubhan ni, sampai cuti pun nun jauh di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Adakah mereka berdua bercinta? Aww!! Mesti korang ingat Murai Batu ni suka sangat nak spekulasikan? Tapi, kalau betul pun mereka bercinta, apa salahnya? Sebab, kalau tak silap Murai Batu, dua-dua pun sama single. Dan dua-dua pun, orang Nogori. Haa..Memang sesuailahkan…

Apapun, kehadiran diaorang kat sana, bukanlah berdua semata-mata. Sebaliknya, mereka turut ditemani beberapa rakan.

Tapi, sumber abang Diver  memberitahu hanya mereka berdua saja yang nampaknya berstatus selebriti. Yang lain-lain tu ala-ala biasa jer. Tapi, tak tahulah pulakkan kalau-kalau ada yang bekerja di belakang tabir industri hiburan.

Yang pasti, diaorang semua nampak happy bercuti kat Pulau Perhentian tu. Nampak gayanya. Penulis kena tanya sendiri dengan Nana dan Nubhan, apa betul diaorang ni tengah bercinta.-murai=

811 total views, 6 views today

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau perhentian</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2013 03:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Syarikat tidak berwibawa dapat tanah 200 ekar <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 19 Jul 2013 01:01 AM PDT

BESUT: PAS mempersoal tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang memberikan tanah seluas 200 ekar di Pulau Perhentian kepada sebuah syarikat yang 'tidak berwibawa'.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, syarikat tersebut pula hanya dikenakan bayaran premium rendah hanya sebanyak RM21,000.

Lebih menyedihkan katanya, syarikat tersebut telah menjual pula tanah-tanah strategik di pesisir pantai itu kepada pihak ketiga.

"Ini lebih kepada buat untung atas angin. Kenapa jual kepada pihak ketiga. Kalau ianya sebuah syarikat yang berwibawa, sepatutnya dia majukanlah.

"Orang kampung duduk bertahun-tahun, permohonan mereka untuk mendapatkan tanah dibekukan, namun syarikat ini dapat mudah-mudah," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kula Besut di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berhubung pendedahan tersebut.

Pada sidang media sama, Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Kuala Besut turut mendedahkan bahawa seperti terdapat usaha untuk mengambil tanah dari penduduk di pulau tersebut.

Beliau mendakwa mendapat maklumat berhubung kerja-kerja mengukur 40 lot tanah di kawasan tersebut.

Menurutnya tanah-tanah tersebut dikatakan untuk projek pengindahan Pulau Perhentian dan berkemungkinan penduduk di situ akan dipindahkan ke tempat lain.

Oleh yang demikian katanya, jika PAS menang pada PRK Kuala Besut ini, ianya akan menguatkan suara PAS di dewan undangan negeri dengan kedudukan 16:16 sekaligus boleh membantah tindakan mengambil tanah dari penduduk ini.

Berbulan madu <b>di Pulau Perhentian</b> - eZm@.LiZ - Blogger

Posted: 16 Jul 2013 12:06 AM PDT

Assalamualaikum and Hello my lovely readers! :)
Lama kot aku tangguh untuk update entry baru. Mohon ampun dan maaf sebab kesibukan melanda. Aku baru lepas pindah rumah dari rumah Mak kat Ampang ke rumah sendiri di Bukit Jalil. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar aktiviti pindah randah barang-barang tu semua. Jarak masa antara rumah Emak dengan rumah aku sendiri ni lebih kurang 15-20 minit je kalau jalan tak jem kat MRR2 tu. Hihi :D
Waiting for the boat at Jeti Kuala Besut. 
Meh sini aku nak sambung cerita pasal entry honeymoon. Sejurus selepas Majlis Bertandang aku di Kelantan sana, aku terus pergi berbulan madu di Pulau Perhentian. Dekat je dengan rumah keluarga suami aku di Machang sebab Jeti Kuala Besut tu dikira sempadan Kelantan dan Terengganu je. Perancangan bulan madu ni aku dah rancang awal-awal lagi. So, aku search dalam internet untuk lihat pakej-pakej bulan madu yang menarik dan mampu dibayar. Kena pandai tengok dan bajet jugak la kalau nak book hotel ni. Kadang-kadang pakej dan tempat penginapan yang sama tetapi harga berbeza RM50-RM100. Buat kajian dan survey sebanyak yang boleh supaya tidak menyesal sebab terbayar lebih kat individu-individu tertentu.
Di sepanjang survey aku, aku dan Faiz buat keputusan untuk berbulan madu selama 4 hari 3 malam di sana. Kononnya boleh ambil masa yang lama untuk berjalan sana sini. Jadi, aku ambil pakej dengan D'Lagoon Perhentian Resort dengan harga RM450 seorang. Harga ini termasuklah sarapan, makan tengahari, makan malam, BBQ, tempat penginapan, snorkeling, jungle trekking, flying fox and so on. Hmm, dah cun dah tu!
Hari pertama aku sampai di jeti, aku mula excited nak naik boat laju. Silapnya aku bawak luggage yang beroda tu untuk isi pakaian. Kan dah susah nak angkut masuk dalam boat. Kalau pakai beg sandang belakang tu mungkin senang nak bergerak tapi aku la pulak tak larat nak mengangkutnya nanti. Masa dalam boat, abang yang bawak boat tu tanya aku dan Faiz akan harga pakej yang kami beli. Faiz pon jawab dalam dialek Kelantan. Abang yang bawak boat tu kata mahal. Kalau ambil pakej dengan dia, harganya murah RM100 daripada harga yang aku siap beli. Maknanya RM350 seorang. Pehhh! Geram pulak aku rasa. Tapi abang tu tak buat promosi kat internet that's why aku tak jumpa pakej semurah itu. T_T Tapi dia ada bagi contact number kalau-kalau aku nak datang sana lagi.
Tak sempat nak menjengah ke sini. T__T
Setibanya aku di challet yang aku dah booking tu iaitu, D'Lagoon Perhentian aku tengok macam kawasan perkampungan kecil di tengah-tengah lautan. Comel je... Rupa-rupanya Pulau Perhentian ni tak sama macam Pulau Langkawi. Aku tersalah tafsir. Kalau Pulau Langkawi, resort dan challet mereka semua di tepi pantai dan saling berdekatan dan boleh berjalan kaki saja kalau nak sana dan ke mari. Tetapi bukan Pulau Perhentian. Pulau Perhentian ni antara resort dan challet mereka jauh-jauh. Kalau hendak ke satu tempat ke satu tempat yang lain, kita perlu menaiki 'teksi' yakni, boat. Dan caj setiap penghantaran adalah sangat mahal ok. Kalau lebih jam 12 malam lagi la harganya mahal melampau. Satu kepala mahu dia caj RM20 kot. Tu baru sekali pergi sahaja, kalau nak balik semula ke challet? Kiralah sendiri. Padehal nak ke tempat tu dalam 5 minit je pon. T_T
Aku sampai je, pihak pengurusan resort beri kami 'Welcome Drink' sementara nak tunggu check in room. Lama jugak aku tunggu sampai sempat jugak aku habiskan bateri handphone main internet. Line internet kat sana kurang memuaskan. Maklum ler atas pulau. Tapi D'Lagoon ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma. Taaaapppiiii, dah kalau semua orang nak guna wifi free, kau gunalah unifi mahal macam mana sekalipun, internet tetap macam siput. Tssskkk! T__T
Hari kedua aku di D'Lagoon, kami dijadualkan untuk pergi snorkeling. Inilah pertama kali aku nak ber-snorkeling. Aku tak pernah tahu macam mana dan cara untuk snorkeling. Pakai goggle tu pon first time aku cuba. Kami di bawa ke tengah-tengah lautan menaiki boat laju. Masa tu aku dua orang je dengan Faiz pergi snorkeling dan sorang pakcik yang membawa boat dan sorang anak lelaki dia lebih kurang 7-8 tahun. Sampai kat satu tempat di tengah-tengah laut, pakcik tu cakap kat sini ada batu karang cantik dan dia suruh kami turun kat permukaan air. Bapakkk ahhh! Taknak aku. Seram kot. Walaupun dah ada life-jacket, aku tetap takut nak turun. Faiz pon seram jugak rupanya. Hahaha :D At the end, pakcik tu sendiri terjun ke laut dan lead kami berdua untuk tengok dasar laut. Masa tu aku ada bawak handphone untuk ambil gambar di dasar laut. Handphone tu dah dimasukkan dalam bekas kedap air dah. Yang payahnya, bila pakai touch screen susah nak tekan itu ini dalam air. Tambah pulak aku macam nak lemas sebab air masin asyik masuk dalam goggle. Lepas tu tertelan! Euwww! Masin gila air laut. Macam manalah ikan boleh minum? Erk!
Aku silap sebab pakai tudung yang ada awning. Sebab goggle tu memang betul-betul kedap dan ketat pada muka aku, tapi bila tudung aku ada awning, terus air laut mudah masuk melalu lubang-lubang kecil di celah-celah tudung. Kenapalah takde orang nak bagitahu? Haaa.. ni cheq nak habaq la ni. Aku sempat tengok dasar laut yang cukup cantik dengan keindahan batu karang. Fuhhh, seram sejuk aku tengok dasar laut sebab itu bukan dunia kita. Aku tengok dasar laut tu jaaauuuuhhh sangat dalam laut dan aku terfikir kalau la muncul ikan jerung tiba-tiba dia ngappp aku, mane sempat aku nak lari. Berenang pon tak pandai. Tapi pakcik tu teman kami snorkeling. Aku berpaut di tangan pakcik tu sebelah kanan, manakala Faiz pula berpaut kat sebelah kiri. Yang bagusnya pakcik tu sikit pon tak pakai life jacket. Bagus gilaaa.... T__T
Tak sampai setengah jam aku snorkeling, Faiz dah naik atas boat. Dia kata dia pening kepala dan muntah-muntah. Haasudaaahhh... Dah kenapa suami aku ni? Dia cakap dia mula rasa pening masa boat berhenti kat tengah-tengah laut dan terumbang-ambing dipukul ombak masa pakcik boat tu menjawab panggilan telefon. Hmm, kesian pulak tengok Faiz masa tu. Tapi aku steady je. Pakcik tu terus bawak aku ke Turtle Point pulak. Masa ni aku sorang je turun tapi Faiz tidak sebab dia kata dia dah tak larat dan pening kepala yang amat sangat. Aku mintak izin dia untuk aku turun snorkeling sorang diri. Haaa, time ni aku dah pandai dah manage goggle aku. Aku yang tak pandai guna rupanya. Masa ni, Subhanallah, aku dapat tengok penyu in real life. Besar sangat penyu duduk kat dasar laut. Masa penyu tu nak naik ke permukaan air, dia hampir-hampir nak terkena kat aku yang tengah skodeng dari atas ni. Tapi aku lari berenang ke belakang takut penyu gigit aku. Cehhh, penyu manede gigit orang! Grr! Satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Balik dari snorkeling, I noticed that handphone Galaxy Wonder aku rosak sebab masuk air. Nasib baik pouch bag kalis air tu tak muat untuk masuk Note II, kalau tak, mesti handphone hantaran aku yang satu ni pon rosak. Huwaaaaaa!! T__T
Ikan ni menggelupur kesesatan di persisiran pantai. 
Boleh dikatakan kami agak rugi sebab tak berjaya pergi ke semua tempat untuk snorkeling sebab keadaan kesihatan Faiz tak mengizinkan. Dia jadi mabuk laut. Setahu aku, dia takde mabuk laut pon masa naik feri pergi Langkawi dulu. Jadi, Faiz kata dia nak balik challet nak rehat. Aku rasa geram jugak sebab tak puas lagi nak snorkeling ni. Tapi Faiz benarkan aku snorkeling sendiri di kawasan challet sahaja dan dia akan tunggu kat tepi pantai. Cececehhh... Aku dah berani dah nak pergi snorkeling sorang-sorang dan mula sikit-sikit menjauhi gigi air. Macam-macam ikan aku jumpa. Nemo pon ada. Ikan lauk makanan tengahari semalam pon ada sebab warna kat kepala ikan tu hijau-oren sama macam lauk lunch semalam. Dalam hati aku, "Cis, dia tangkap ikan kat sini je bagi aku makan semalam." =,=" 
Tapi, makanan kat D'Lagoon ni memang terrrbaikkk!! Kerja aku asyik makan, makan, dan makan! Kuantiti makanan yang mereka hidang untuk aku dah macam untuk 5 orang makan. Padahal aku dengan Faiz je yang nak mencekik pon. Tapi bila fikir taknak membazir dan bagi berbaloi pada apa yang kami dan bayar, kami gigih jugak nak habiskan setiap makanan yang dihidangkan. Sedap tu memang sedap! Tapi kenyang gila la dibuatnya.
At last, kami berdua give-up. Mana makanan yang tak larat nak habiskan, kami biarkan macam tu je. Sebab aku dah nampak perubahan pada pipi aku pada hari terakhir aku kat sana. Tembam ya amat! Naik mendadak kot perubahan isipadu pipi! Mana tidaknya, aku tidak lapar pon terpaksa ikut jadual makan untuk makan. Lauk yang dihidangnya pon bukan 1-2 jenis lauk tetapi 4-5jenis. Pehh! Makanan memang terbaik!
Keadaan dan rupa challet kami. I give 2.5/5 sebab aku rasa aku book yang ada aircond. Tapi pihak pengurusan di situ siap memperlekehkan aku lagi dia cakap, "Cik, challet kami semuanya mana ada aircond. Mungkin cik silap kot?". Ok, mungkin aku silap. Tapi aku rasa geram sebab dia bagi jawapan dengan lemparan senyum sinis ibarat macam, "Kau bayar murah tapi nak bilik aircond." Cisss! Dan satu lagi, setiap kali aku berus gigi dan berkumur-kumur mesti aku rasa air paip tu macam payau gila. Hilang selera nak gosok gigi. Ke memang challet tepi laut macam tu? Entah! Aku pon tak tahu sebenarnya.
Lepas makan je aku bersadai kat buaian ni. Mana tak tembun pipi aku? =,=
Berjalan kaki ke Turtle Beach selama 5 minit dalam hutan. Seram jugak!
Santai lepas dinner. Mat Salleh conquer semua kerusi. Ni terpaksa share! T_T
Masa untuk balik ke jeti semula. Keadaan Faiz masih kurang baik. Dia masih pening dan mabuk laut. Yang bestnya, dia ada jugak luahkan rasa kesal sebab tak dapat nak happy-happy dengan aku sewaktu aktiviti bulan madu kami yang pertama. He thinks he spoiled everything and he promise me to bring me to the next honeymoon. Tapi bukan laut! Hahaha =D Aku sikit pon tak marah dan kecil hati. Malah aku jadi makin dekat dengan dia sebab masa dia mabuk laut tu, air mata dia bergenang masa aku suapkan makan malam untuknya dalam bilik. Faiz cakap, nanti kalau satu hari nanti dia sakit, dia tahu akan ada orang jaga dia. =') 
InsyaAllah, kami akan pergi second honeymoon pulak! Yeayyyy!!! =)

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau perhentian</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 03:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PAS optimis dapat tambah undi <b>di Pulau Perhentian</b> - Harakah Daily

Posted: 22 Jul 2013 08:08 AM PDT

KUALA BESUT: PAS optimis akan mendapat lebih undi dalam PRK Kuala Besut di unit peti undi (UPU) Pulau Perhentian berbanding PRU13 baru-baru ini.

Penyelaras UPU Pulau Perhentian Mohd Zaki Ibrahim berkata, pegangan politik penduduk di Pulau Perhentian sangat unik dan tidak sama di tempat lain dari segi emosinya.

Katanya, rata-rata pengundi di sini tidak terlalu menonjol dari segi kecenderungan mereka menyokong mana-mana parti.

"Kalau kita pergi ziarah dari rumah ke rumah mereka masing-masing boleh terima sama ada kita ini daripada PAS. Tuan rumah Umno boleh terima ziarah PAS.

"Kalau rumah mereka ada sticker 'keluarga kami pengundi BN' tidak semestinya mereka benar-benar undi BN. Mereka pengundi PAS," katanya ketika ditemui berkempen di Pulau Perhentian.


Malah katanya, ketidakhadiran para pengundi dalam satu-satu program yang dianjurkan sama ada oleh PAS atau BN, bukan perkara yang menghairankan.

Bahkan beliau percaya calon PAS Azlan@Endut atau lebih mesra dengan Che Long mempunyai lonjakan dan sentuhan peribadi dengan penduduk di sini yang akan memberi kredit kepada PAS kali ini.

Sikap unik penduduk di sini katanya mereka tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan kerana mereka cukup mudah untuk mendapatkan sumber kewangan.

"Mereka di pulau ini cukup senang hendak dapatkan duit dengan pelancongan dan ternyata hasil mereka sangat lumayan.

"Banyak bot persendirian dan mereka boleh dapat RM300 dalam masa dua jam dengan bawa pelancong pusing pulau," katanya.

PAS optimis dapat tambah undi <b>di Pulau Perhentian</b> — HarakahDaily

Posted: 22 Jul 2013 04:30 PM PDT

KUALA BESUT: PAS optimis akan mendapat lebih undi dalam PRK Kuala Besut di unit peti undi (UPU) Pulau Perhentian berbanding PRU13 baru-baru ini.

Penyelaras UPU Pulau Perhentian Mohd Zaki Ibrahim berkata, pegangan politik penduduk di Pulau Perhentian sangat unik dan tidak sama di tempat lain dari segi emosinya.

Katanya, rata-rata pengundi di sini tidak terlalu menonjol dari segi kecenderungan mereka menyokong mana-mana parti.

"Kalau kita pergi ziarah dari rumah ke rumah mereka masing-masing boleh terima sama ada kita ini daripada PAS. Tuan rumah Umno boleh terima ziarah PAS.
"Kalau rumah mereka ada sticker 'keluarga kami pengundi BN' tidak semestinya mereka benar-benar undi BN. Mereka pengundi PAS," katanya ketika ditemui berkempen di Pulau Perhentian.

Malah katanya, ketidakhadiran para pengundi dalam satu-satu program yang dianjurkan sama ada oleh PAS atau BN, bukan perkara yang menghairankan.
Bahkan beliau percaya calon PAS Azlan@Endut atau lebih mesra dengan Che Long mempunyai lonjakan dan sentuhan peribadi dengan penduduk di sini yang akan memberi kredit kepada PAS kali ini.

Sikap unik penduduk di sini katanya mereka tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan kerana mereka cukup mudah untuk mendapatkan sumber kewangan.
"Mereka di pulau ini cukup senang hendak dapatkan duit dengan pelancongan dan ternyata hasil mereka sangat lumayan.

"Banyak bot persendirian dan mereka boleh dapat RM300 dalam masa dua jam dengan bawa pelancong pusing pulau," katanya.

HDO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads