Sabtu, 30 November 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Lunch <b>Di Jerteh</b> Restoren Citarasa Ummi | Syira

Posted: 03 Nov 2013 06:36 AM PST

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Menyediakan Masakan Selera Kampung, Laksa, Laksam, Nasi Berlauk, Masakan Panas dan Pengat yang boleh dipilih mengikut selera kita sendiri.

Sekitar Restoren Citarasa Umi Jerteh



Gambar dari pintu masuk Restoren Citarasa Umi Jerteh. Oleh kerana tidak banyak kedai makan tengahhari di sekitar Jerteh, Restoren Citarasa Umi adalah salah satu kedai makan pilihan ramai kepada mereka yang terpaksa lunch di luar.

Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 1

Antara senarai menu makanan yang di sediakan untuk pilihan makanan. Senarai harga juga ada dipaparkan.
Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 2

Tempat memilih menu makanan nasi berlauk yang di hidangkan. Insyallah lauk yang disediakan memang sedap dan enak di makan. Lebih baik daripada tidak boleh makan langsung. hehe
Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 3

Antara lauk-lauk yang masih berbaki. Kebanyakkan lauk sudah habis kerana sudah lewat. Namun, masih boleh memilih lauk-lauk yang sedap dimakan.
Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 4
Keadaan di dalam Restoren Citarasa Umi secara keseluruhannya. Kedai memang bersih dan susunan meja juga kemas.
Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 5

Cermin besar yang diletakkan di dinding supaya kedai kecil nampak besar. Dinding juga dihias indah. Penuh dengan gambar-gambar menu yang menarik.
Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 6

Antara menu-menu makanan yang mengiurkan hati di paparkan di dinding. Memang memikat hati. Nasib baik hanya gambar, kalau makanan betul, memang mengalir juga air liur di buatnya.
Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 7

Tidak sukar untuk mencari Restoren Citarasa Umi di Jerteh ini, kerana Restoren ini berada bersebelahan dengan kedai barangan kek dan bakery iaitu Ekoko Enterprise. Di mana sebelahnya pula ada kedai menjual barangan jahit iaitu Kedai Zigzag. Kalau sudah nampak salah satu kedai tersebut, cari sahaja Restoren Citarasa Umi, anda pasti akan menjumpainya.

Gambar makanan yang syira makan lupa nak snap sebab terlalu lapar ketiku itu. Harga lunch di Restoren Citarasa Umi ialah Rm16.50, dimana syira telah memilih ikan keli, pari singgang, ayam goreng, dua nasi putih, teh ais dan air jagung selasih. Kiranya murah dah kot.
Satu yang tak besh, ketika suami pergi bayarkan makanan, syira lihat mereka menggunakan terbus atau skaf terpakai untuk lap meja tempat lauk. Rasa macam tak comel lah kan. Sebab kat rumah pun syira tak buat macam tu.

Gempar langsuir ganggu penduduk beberapa kampung <b>di Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2013 05:41 PM PST

Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.

Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.

PASIR PUTEH – Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan wartawan mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

"Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

"Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya," katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya 'menangkap hantu' namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,' katanya.

Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

"Saya 'memasungkannya' di satu tempat khusus dan akan 'menghantarnya balik ke tempat asal' selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

"Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai," katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

Breakfast <b>Di</b> Kedai Makan Kak Mah R&R Bukit Yong <b>Jerteh</b> | Syira

Posted: 26 Nov 2013 01:33 AM PST

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..




Oleh kerana waktu tengahhari belum sampai, keadaan agak lengang. Ini baru besh, nak makan pun tak lah kalut-kalut dengan orang ramai.


Inilah antara lauk pauk yang ada. Ikan keli goreng garing pastinya pilihan yang tidak akan disingkirkan. Harus cuba .
Niat di hati mahu makan siput sedut gulai batang keladi, sayangnya tuan kedai tu cakap pukul 1.00 tengahhari baru ada. Kecewa sungguh. Oleh kerana lapar kami makan juga. Beliau tawarkan ikan patin gulai. Hehe, syira menolak dengan baik sebab syira tak makan ikan patin. huhu.

Ikan keli goreng garing yang wajib di makan. Ke mana-mana sahaja ikan keli goreng memang menjadi idaman. Sukarnya untuk mendapatkannya di pasar basah, kalau nak makan juga, kena makan di kedailah nampaknya. hehe

Walaupun tanpa siput sedut, kami tetap makan. Lagipun perut sudah berbunyi. Sepanjang kami makan di sana, kebanyakkan pelanggan yang datang semuanya bertanya tentang siput sedut, bila cakap siput sedut tiada, semuanya pulang tanpa makan. Hanya kami sahaja yang tegar, makan juga. hehe

Menu pilihan kami ketika makan di Kedai Makan Kak Mah R&R Bukit Yong Jerteh ialah, satu milo ais, satu teh ais, dua nasi putih, dua ekor ikan keli, 1 mangkuk sup daging @ 4 ketul daging, set ikan bakar tawar bersama ulam dan budu dan total semuanya ialah RM21.00. Percaya tak, semasa akak tu cakap RM21.00 syira dan suami terkejut. haha.

Pelik juga sebab ada blogger cakap, beliau, suami dan anak-anak makan siap bertambah , siap packing bawa balik rumah lagi baru kena RM30.00. Haha. Adakah mereka telah mencekik darahku... Kih Kih Kih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads