di negeri terengganu - Google Blog Search |
Tuduhan Rasuah Berhubung Pengurusan Balak <b>Di</b> Bawah <b>...</b> Posted: 25 Feb 2013 09:19 PM PST Umno/Barisan Nasional menumpukan sepenuh serangan terhadap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat (terutamanya Kedah) dengan tuduhan pelbagai kelemahan pengurusan balak. Namun, sehingga kini masih belum ada satu pendakwaan pun yang dibuat berhubung pelbagai tuduhan ini yang menunjukkan ia hanya satu serangan politik yang tidak berasas. Pada masa yang sama, YB Dr Syed Azman dan saya telah sama-sama mengumpul bukti dan maklumat yang secara jelas menunjukkan modus operandi bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku di dalam pengurusan balak di Terengganu, di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Hari ini, kami tampilkan bukti-bukti awal perkara ini sementara menunggu reaksi dan jawapan dari Dato' Seri Ahmad Said dan pimpinan Umno/Barisan Nasional di peringkat pusat. Kajian kami menunjukkan modus operandi pengutipan wang rasuah bersabit balak di Terengganu adalah seperti berikut:
Pada 17 Julai 2012, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu. Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri oleh Dato' Seri Ahmad Said. Pihak kami juga telah berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit di dalam satu urusniaga pembelian saham (Share Sale Agreement) seperti mana yang digambarkan di atas. Satu perjanjian telah ditandatangani pada 28 Disember 2011 (iaitu 6 bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu) agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd, yang hanya mempunyai saham berbayar RM2 sahaja. Kami mempunyai bukti-bukti lain yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pengurusan Dato' Seri Ahmad Said. Bukti-bukti ini akan terus dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu ini menjelang pilihanraya umum ke-13 sementara menunggu jawapan rasmi dari beliau dan keseluruhan kepimpinan Umno/Barisan Nasional. Buat masa sekarang, kami menasihati supaya media-media milik Umno/Barisan Nasional tidak terlalu ghairah mereka-reka cerita mengenai penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana kes rasuah balak di negeri Terengganu adalah lebih besar dan lengkap dengan bukti-buktinya. YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI RAFIZI RAMLI 26 FEBRUARI 2013 (Muat Turun) Salinan dokumen; 2) Penama dan syarikat yang terbabit di dalam satu urusniaga pembelian saham (Share Sale Agreement). |
teganuku: Banjir <b>Di</b> Tiga <b>Negeri</b>, Termasuk <b>Terengganu</b> Semakin Pulih Posted: 27 Feb 2013 03:48 PM PST Keadaan banjir di tiga negeri semakin pulih malam ini dengan sejumlah 3,642 mangsa banjir dipindahkan berbanding 5,012 orang pagi semalam. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, setakat 9.19 malam semalam, Terengganu mencatat penurunan mangsa banjir iaitu 2,334 berbanding 3,679 orang pagi semalam dengan 30 pusat pemindahan dibuka, iaitu 26 di daerah Besut, tiga di Setiu dan satu di Hulu Terengganu. Di Perak, jumlah mangsa menurun kepada 178 berbanding 297 orang pagi tadi dengan dua pusat pemindahan dibuka, masing-masing satu di daerah Manjung dan Perak Tengah. Jumlah mangsa banjir di Kelantan sedikit menyusut pada sebelah malam apabila seramai 1,072 orang masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, keadaan banjir di negeri itu semakin baik petang tadi. Sementara itu, satu-satunya pusat pemindahan di Bachok, yang menempatkan 61 mangsa, ditutup petang tadi. Jajahan Pasir Mas masih menempatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 346 orang diikuti Tanah Merah (306), Tumpat (241), Kuala Krai (71), Pasir Puteh (67), Kota Baharu (24) dan Machang (17). Sungai Golok di Rantau Panjang, dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang kini masih di paras bahaya, bagaimanapun, ia dilapor semakin surut secara beransur-ansur. Tiada jalan utama yang ditutup pada kenderaan sehingga kini, dan keadaan cuaca secara keseluruhannya mendung, dengan sesekali hujan renyai. |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan