13 di setiu - Google Blog Search |
teganuku: Banjir - SK Kampung La <b>Di</b> Hulu <b>Besut</b> Ditutup, 3 <b>...</b> Posted: 25 Feb 2013 10:57 PM PST
Laluan terbabit ialah di Km27, Jalan Jerteh-Keruak dekat Sungai Patong dan di Km13 dekat Kampung Gertak Jerbun. Pegawai Pelajaran Daerah Besut Ab Halim Hassan berkata, sekolah itu diberikan kebenaran cuti berganti. Katanya, beliau juga dimaklumkan ramai guru yang mengajar di Sekolah Menengah Bukit Payong, SK Tenang, SK Panchor dan SK Keruak di daerah itu juga tidak dapat pergi ke sekolah masing-masing dan terpaksa melapor diri di sekolah berdekatan yang tidak terjejas dengan banjir. Ini berikutan jalan ke Hulu Besut dari Jerteh dinaiki air di beberapa tempat seperti di Kampung Gertak Jerbun, Pasir Akar dan Lepang Kejor di Darau, katanya. "Sekiranya keadaan banjir didapati bertambah buruk, pihak sekolah perlu mengambil langkah segera bagi mengisytiharkan cuti bagi sekolah mereka," katanya. Sementara itu tinjauan Bernama ke beberapa lokasi di Kampung Pasir Akar mendapati paras air yang naik akibat limpahan Sungai Besut sejak petang semalam masih tidak berubah. Penduduk dilihat memantau keadaan paras air sungai sebelum bertindak untuk berpindah di pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Di Setiu, pula, tiga keluarga dari Kampung Chalok Barat di Setiu dipindahkan akibat banjir setelah hujan tanpa henti sejak awal pagi semalam. Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Terengganu Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata kesemua mangsa dipindah ke Balai Raya Sungai Lerek, setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter. Mangsa yang terdiri daripada empat wanita, dua lelaki tiga kanak-kanak itu dipindahkan 5 petang tadi, katanya. |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan