Sabtu, 16 Mac 2013

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


NALURI RAKYAT: YB PAS tipu duit rakyat RM 1.4 juta?

Posted: 22 Feb 2013 07:42 PM PST

Salam buat Semua...

DC minta berbanyak ampun dan maaf kerana terlambat update blog kerana mengikuti program Janji ditepati PM di Pasar Payang dan Perhentian Bas MBKT sebentar tadi.

Dan seperti yang DC janjikan inilah dia laporan Polis yang telah dibuat oleh mereka yang telah di tipu oleh YB Pas.

Duit peneroka Felda RM1.4 juta lesap! Geran tanah entah ke mana dan Pengerusi JSR pun hilangkan diri – Itu yang berlaku setelah kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu pada Mac 2004.
Bekas ADUN PAS Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang merancang kewujudan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Bandar Ketengah Jaya, Rasau, Dungun pada tahun 2002 senyap seribu bahasa.

Paling tidak pun, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu boleh berkata, "Itu Semua Salah UMNO Kerana UMNO Zalim".

Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya.
Entah prosedur dari mana yang digunakan Kerajaan PAS ketika itu, setiap peserta telah diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004. Klik Sini untuk laporan penuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads