Sabtu, 16 Mac 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Sekitar Majlis Tun Mahathir <b>Di Marang</b> 9 Mac 2013 | dinturtle <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 12:08 AM PST

Pagi tadi saya berkesempatan bersama Tun Mahathir yang hadir memberikan amanatnya kepada rakyat di Marang Terengganu. Sambutan amat menggalakkan, antara 4-5 ribu hadir.

Yang ini KHAS kepada Tian Chua - TAK MAHU SAMAN KA ?

Ada saya perhatikan seorang pemuda yang resah sepanjang majlis, kesana kesini sambil bertanyakan orang .... rupanya dia peminat setia Tun Mahathir dan berhajat sangat hendak dapatkan autograf Tun untuk diabadikan pada jersey bolanya.

Dengan kerjasama mereka yang duk mengekor Tun, dapatlah brader ni bertemu dengan pemimpin idolanya dan diberi bonus autograf dari Tun Siti Hasmah juga !

Suka sangat Brader Shukri 24 dari Manir Terengganu dengan hadiah Istimewa dari Tun Mahathir dan Siti Hasmah ....

PS - Saya menantikan video ucapan Tun Mahathir keluar di Youtube, i tell you ...... memang Tun hentam habis Hadi, Nik Aziz, Pas dan Anwar tadi ! Kaw-kaw Tun bagi ....tak hengat dah dia bercakap dilubuk Pas.... tak sampai 5 minit dari Kampung Rusila !

Pas Pemecah Perpaduan Melayu ! adalah tajuk yang sesuai buat ucapan Tun Mahathir tadi.

Bicara Tokoh Negarawan Dr Mahathir <b>di Marang</b> 9 Mac - teganuki ta

Posted: 01 Mar 2013 03:52 PM PST

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan amanat kepada penduduk di kawasan Parlimen Marang, pada Program Bicara Tokoh Negarawan yang bakal diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang, di Kampung Paya, pada 9 Mac depan.

Beliau dijangka membicarakan mengenai masa depan masyarakat Melayu dan kepentingan mereka mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional bagi mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Dato' Haji Abdul Rahman Bakar, berkata, majlis anjuran panel Perundingan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri itu dijangka dihadiri lebih 5,000 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan, ahli-ahli pertubuhan kebajikan dan NGO di kawasan berkenaan.

Beliau berharap orang ramai dapat hadir bagi mengikuti amanat mantan Perdana Menteri itu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dijadualkan turut hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

T E G A N U K I TA: MB lawat mangsa kebakaran <b>di Marang</b>

Posted: 20 Feb 2013 12:53 AM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, Marang tengahari ini.

Kesedihan mangsa kebakaran, Yahya Harun, 61, dan keluarganya sedikit terubat apabila dalam kunjungan tersebut, Dato' Seri Haji Ahmad berjanji akan menyediakan bantuan pembinaan rumah baru dengan peruntukan sebanyak RM40,000.


"Saya nasihatkan mangsa supaya segera menghantar borang permohonan kepada Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong, Zaidi Muda bagi membolehkan pembinaan berjalan secepat mungkin.

"Rumah jirannya pula, Zamari Taib yang mengalami kerosakan di bahagian dinding ruang tamu juga akan diganti dengan dinding yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah mangsa kebakaran itu.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang Isnin lalu, keseluruhan rumah Yahya musnah dijilat api dengan anggaran kerugian RM200,000 mengakibatkan Yahya bersama isteri dan anaknya tinggal sehelai sepinggang.

Lebih menyedihkan apabila persiapan perkahwinan anaknya Syawal Firdaus, 26 iaitu 21 barang dulang hantaran kahwin termasuk set bilik tidur pengantin hangus terbakar.

Bagaimanapun, Yahya dan isterinya Fazilat Mamat, 49, tetap akan meneruskan kenduri kahwin di rumah pengantin perempuan yang dijadualkan pada 21 Mac depan di Kelantan.

Fazilah berkata mereka ingin mengadakan kenduri sambut menantu pada Jun ini dan berharap rumah baru itu sempat disiapkan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar yang sudi datang bertanyakan khabar walaupun dalam kesibukan jadual hariannya," katanya sebak.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads