Selasa, 27 September 2011

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


SAYONARA <b>PULAU KAPAS</b> - Marang, Malaysia Travel Blog

Posted: 18 May 2011 08:01 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Tuesday, May 17, 2011

Pagi di pulau kapas hari kedua dihabiskan dengan anak anak bermain di pantai dan kami bergambar sekitar resort. Dalampukul 12.30 tgh kami bertolak balik ke marang untuk destinasi seterusnya. Kami bercadang ke Pantai batu burok , Kuala Trengganu dan ke Taman Tamadun Islam.

Sungai MarangMenyusuri Sungai Marang kini merupakan salah satu produk pelancongan bagi Daerah Marang. Sungai Marang mengalir sejauh 1,206 meter dari Bukit Kor hingga ke Gunung Gajah Terom.


Bagi mereka yang berminat untuk menyusuri Sungai Marang, perkhidmatan bot boleh disewa di Jeti Marang. Apa yang menarik, di sepanjang Sungai Marang terdapat deretan Pokok Bakau, Nipah dan puluhan sangkar ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh penduduk. 

Anda juga berpeluang melihat sekumpulan monyet yang sedang mencari makan di pesisir sungai tersebut. Selain itu, haiwan-haiwan lain seperti Kera, Memerang, Tuntung serta spesies burung yang jarang-jarang ditemui boleh dilihat di sepanjang sungai itu.


Anda juga boleh singgah di sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Jenang. Kampung Jenang terkenal dengan aktiviti seperti menangkap ikan, menganyam atap dari Daun Nipah dan menghasilkan manisan dari Air Nira.


Untuk ke kampung tersebut, pengunjung hanya perlu menaiki perkhidmatan bot selama satu jam dari Jeti Marang. Namun perjalanan selama sejam tidak terasa bosan apabila pengunjung berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum terusik dengan pembangunan.


Di Kampung Jenang, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional Terengganu seperti Rojak Betik, Karipap Inti Kelapa, Air Tuak, Ketupat, Keropok Lekor dan buah-buah tempatan yang jarang-jarang ditemui.


Bukan itu sahaja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat aktiviti harian yang dijalankan seperti menganyam atap Daun Nipah, membuat manisan dari Air Nira serta memproses daun rokok.


Bagi pelancong asing, sudah pasti gelagat Kera yang dilatih untuk memetik Buah Kelapa menjadi kenangan indah memandangkan pemandangan tersebut pasti sukar dilihat di negara mereka. Bagi pelancong tempatan pula pasti seronok melihat aktiviti membuat manisan Gula Melaka dan boleh membelinya untuk dibawa pulang.

Sekiranya anda berpeluang menyusuri Sungai Marang, jangan lupa untuk singgah di Kampung Jenang bagi merasai sendiri pengalaman menarik tersebut. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam, aktiviti menyusur sungai berpotensi untuk menjadi produk pelancongan yang menarik jika dimajukan secara sistematik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads