Selasa, 27 September 2011

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Lebih 5000 hadir Jamuan Hari Raya DUN <b>Kemasik</b>

Posted: 25 Sep 2011 07:00 PM PDT

oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN - PAS DUN Kemasik telah mengadakan Jamuan Hari Raya Idul Fitri pada 23hb. September lepas bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Kemasik di Kerteh.

Sambutan masyarakat sekeliling amat memberangsangkan dan orang ramai mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan kepimpinan PAS DUN Kemasik sejak jam 11.00 tengahari lagi.

(Gambar - Ustaz Alias, Pengarah MTD Kemasik sedang menyambut kedatangan para tetamu dan pengunjung di Jamuan Hari Raya Idul Fitri PAS DUN Kemasik).

Menurut Pengarah PAS DUN Kemasik Ustaz Alias Abdul Hamid, dianggarkan 5,000 orang lebih telah datang untuk bersama meraikan jamuan hari raya ini dan Alhamdullillah semua tetamu dan pengunjung dapat menikmati juadah yang dihidangkan antaranya nasi minyak, tapai dan pelbagai jenis kuih muih.

Beliau seterusnya berkata, 'PAS DUN Kemasik juga telah menjemput semua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berada dalam DUN Kemasik ini untuk bersama masyarakat dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan', katanya.

Turut meluangkan masa dan beramah mesra dengan masyarakat ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun, Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik, Naib Yang DiPertua, Ustaz Hazri Jusoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Pengarah PAS DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Kanak - kanak yang datang bersama ibubapa  mereka juga turut meneriman duit raya yang disampaikan oleh Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads