Selasa, 27 September 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Forum Rakyat Pas <b>di Kuala Terengganu</b>. - dinturtle

Posted: 25 Sep 2011 11:16 AM PDT

Pas ternyata masih tidak jemu-jemu membuat siri ceramah kemerata pelusuk negara bagi menerangkan versi mereka dalam isu Komunis Mat Sabu. Malam tadi di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai berlangsung satu forum anjuran Pas bagi membincangkan isu ini, dihiasi kehadiran Mat Sabu dan Husam Musa.

Walaupun hujan, agak ramai juga yang hadir, ternyata Mat Sabu punya tarikan tersendiri kepada warga Ganu, gaya dan cara beliau berucap 'kena' dengan rakyat biasa. Hampir 2 ribu juga yang hadir berbanding cuma 300 yang melayan Azmin dan Khalid Samad minggu lepas.

Antara yang dibicarakan oleh Husam -

- penulis sejarah adalah upahan penjajah, maka sejarah disesuaikan mengikut agenda mereka. Ini termasuk melabel pejuang-pejuang negara sebagai pengganas dan mereka-reka cerita mengikut kehendak mereka. Contohnya Mat Indera yang hanya tiba diBukit Kepong SELEPAS pertempuran, beliau tiba untuk membantu tapi pihak Polis sudah pun ditembak mati. Tapi beliau digambarkan sebagai pengganas.

- Kebebasan media diperlukan sebelum sejarah dapat diperbetulkan. Jika Pakatan menang, sejarah akan diubah. BN mengawal media dari melapurkan kebenaran. Seperti kes cincin 24juta, adakah betul Rosmah beli cincin itu ? Tidak ada penjelasan, jawapan yang diberikan cuma Rosmah rajin menyimpan. Juga tidak dilapurkan Isa yang melantik dirinya sendiri menjadi Pengarah Koperasi Felda ketika pengarah lama pergi Mekah.

- Kes Hudud, media membangkitkan Pas dan Dap yang tidak boleh sepakat tapi tidak melapurkan keadaan yang sama antara Umno dan Mca.

- Tindakan Polis mengheret Mat Sabu ke mahkamah adalah kerana Umno takut untuk berdebat dengan Pas. Polis juga sering melapurkan keadaan yang berbeza dari kejadian sebenar, contoh kes Aminurashid, Kugan, TBH

- Pelbagai isu dibangkitkan bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar iaitu isu kenaikan harga barang, rasuah, ekonomi yang teruk ....

Mat Sabu yang merupakan tumpuan hadirin berkata :

- beliau tidak sebut pun perkataan komunis. Dakwa Umno mengambil masa seminggu untuk mengenalpasti ceramah berkenaan dapat di spin bagi menyerang beliau dan Pas. 80% orang cina sudah tidak menyokong Umno maka Umno perlu mencari isu untuk mendapat kembali sokongan Melayu dan isu komunis ini adalah salah satu selain isu Hudud.

- Serangan Umno hancur disebabkan kenyataan Zainal Keling yang mengatakan negara tidak pernah dijajah.

- Tindakan mahkamah keatas MatSabu tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir dan begitu juga ramai Menteri dan bekas Menteri yang beritahu beliau, mereka juga tidak bersetuju dengan dakwaan mahkamah itu. Isu sepatutnya diselesaikan dengan cara berdebat / perbincangan.

- Perlu dibezakan keadaan sebelum dan selepas Merdeka. Sesiapa saja yang menentang penjajah sebelum Merdeka adalah pejuang negara tanpa mengira atas patform perjuangan mereka. MPAJA yang menentang Jepun dianggap rakan, dibantu oleh British malah Chin Peng diberi pingat. Tapi bila British kembali, keadaan berubah dan komunis pula digambarkan sebagai musuh, pengganas dan imej komunis itu dinegatifkan.

- Diberi contoh puak Taliban yang dianggap sebagai pejuang semasa menentang Rusia tapi bila menentang Amerika, puak yang sama dilabelkan sebagai pengganas.

- Kenapa bila tiap kali Merdeka akan ditayangkan filem Bukit Kepong, dan tiap kali Hari Pahlawan akan ditayangkan filem Sarjan Hasan ? Kenapa tidak dibuat filem tentang Tok Janggut dan lain-lain ?

Ada lagi beberapa perkara yang mereka sebut termasuk moderator Prof Abu Hassan dan panelis Prof Abu Bakar. Yang pasti, hadirin percaya semuanya. Mat Sabu tetap menjadi hero pujaan mereka.

Seperti biasa tujuan saya menulis adalah supaya kita tahu apa yang disampaikan oleh pemimpin Pas kepada rakyat, termasuk isu-isu kecil yang seringkali dimainkan. Bila kerap disogok gossip yang serupa, tidak mustahil gossip menjadi fakta.

Makanya kita jangan terlalu yakin disebabkan beberapa isu hangat yang sering dipaparkan dimedia, para penyokong Pas akan beralih kem .... pemimpin Pas juga begitu aktif bertemu rakyat menceritakan versi mereka pula.

Kalau ada yang bertanya kenapa saya hanya cover ceramah Pas ? Dah Umno jarang sangat buat ceramah. Kalau PM atau TPM yang ceramah, itu saya tak perlu cover dah, ramai yang tulis termasuk tv. Satu lagi, seronok pergi ceramah Pas ni, suasana ia lain .... meriah dan mesra rakyat. Tak perlu risau nak tegur siapapun ... kalau majlis Umno, takut juga sebab tak kenal orang, ramai sangat yang berpangkat Datuk. nanti marah pula kalau tak sebut pangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads