Selasa, 27 September 2011

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:18 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada jam 1 petang kelmarin.

Menurut ibunya, Rakiah Ismail, 31, kejadian itu berlaku ketika beliau mengambil mangsa, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar dari Tadika Tanjung Demong yang tidak jauh dari rumahnya.

"Allahyarham membonceng di belakang saya manakala adik perempuannya berumur dua tahun berada di bahagian hadapan motosikal dan apabila menghampiri rumah, saya melalui sebuah sarang tebuan yang telah lama bersarang di dahan sebatang pokok.

"Tanpa dijangka, scara tiba-tiba ratusan tebuan menyerang kami dan walaupun dalam kesakitan saya menyuruh Hafizul lari menyelamatkan diri ke rumah jiran saya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ketika Hafizul berlari untuk menyelamatkan diri ke arah rumah jiran, tebuan terus menyengat di badan dan kepalanya, kata Rakiah.

Beliau bersyukur kerana seorang lagi anaknya tidak mengalami kecederaan teruk walaupun disengat 10 ekor tebuan kerana bertudung manakala dirinya sendiri disengat tiga ekor tebuan di bahagian tangannya.

Jiran menghantar mereka ke Hospital Besut di Jerteh, bagaimanapun, Hafizul meninggal dunia jam 5 petang dengan 50 kesan sengatan tebuan di seluruh badan dan kepala, kata Rakiah.

Ketika kejadian, suaminya, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan tidak berada di rumah kerana menangkap ikan di laut.

Rakiah berkata jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar pada jam 10 pagi semalam. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads