13 di pulau wan man - Google Blog Search |
BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search Posted: 29 Apr 2014 11:28 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||||||
Masjid Kristal <b>Di Pulau Wan Man</b> Kini Cetus Kontroversi ~ pahangdaily Posted: 01 Mar 2014 09:25 AM PST KUALA TERENGGANU - Pembinaan Masjid Kristal yang terletak di kawasan pelancongan, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, suatu ketika dahulu pernah mencetuskan kontroversi apabila ia dibina lebih memfokuskan kepada aspek pelancongan daripada fungsi sebenarnya. Malah, masjid yang dibina ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh itu turut dijadikan modal politik pihak tertentu, tambahan waktu itu BN berjaya merampas kembali Terengganu daripada Pas. Kisah mengenai 'masjid kaca' itu bukan sahaja menjadi topik bualan hangat masyarakat negeri ini, sebaliknya turut tersebar dan menarik perhatian rakyat di seluruh negara. Pelbagai isu ditimbulkan termasuklah dakwaan arkitek bukan orang Islam, arah kiblat salah, selain tersebarnya rakaman video wajah aneh seolah-olah menyerupai syaitan pada masjid berkenaan apabila lampu warna-warni dipasang pada waktu malam. Masjid yang dikatakan menelan belanja kira-kira RM360 juta itu digunakan secara rasmi pada Februari 2008 dan turut dilabelkan sebagai masjid pintar pertama di negara ini, namun ramai yang menyifatkan pembinaannya sebagai membazir. Tidak terhenti di situ sahaja, ada yang mendakwa pembinaan masjid yang dibuat daripada kaca dan keluli itu langsung tiada faedah kerana hanya untuk 'tengok-tengok', ditambah pula ia tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat kerana kariah tidak mencukupi di kawasan tersebut. Di sebalik pelbagai tohmahan negatif mengenai fungsi sebenar masjid yang mampu menampung kira-kira 700 jemaah pada satu-satu masa itu, Masjid Kristal kini terus menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke negeri ini. Membazir atau sebaliknya, ia bukan lagi perkara yang perlu dipersoalkan semua pihak, namun apa yang sewajarnya, pendekatan secara berhemah perlu dilakukan untuk menarik masyarakat terutamanya golongan muda mengimarahkan masjid. Ini kerana, kita tidak mahu sesebuah masjid itu bukan sahaja gah dari segi kehebatan rekaannya, peralatan yang digunakan, keluasannya, tetapi fokus utama adalah untuk melihat masyarakat menjadikan masjid sebagai tempat penyatuan dengan cara melakukan solat berjemaah bersama-sama. #sumber |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan