Khamis, 6 Mac 2014

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2014 03:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Percutian <b>di Pulau Kapas</b>, Terengganu | Luqman Zakaria

Posted: 21 Sep 2013 05:37 AM PDT

Assalamualaikum.
Untuk Edisi Travelog pada kali ini, aku ingin membawa korang semua menjelajah Pulau Kapas yang terletak kira kira 6 kilometer dari persisiran pantai Marang, Terengganu. Mengambil jurusan pengurusan pelancongan ketika belajar dahulu memberi peluang kepada aku dan kawan kawan menjejakkan kaki di Pulau Kapas untuk merasai sendiri pengalaman menyelam dan meneroka hidupan laut yang sangat awesome.
AIr yang jernih dan bersih menjadikan pulau kapas salah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti snorkelling. walaupon aku tidak tahu berenang, Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. 
Rasanya tak perlu describe kegembiraan dorang.tengok muka semua pon dah tahu.
Semua orang menikmati aktiviti snorkelling termasuk aku tapi kesian juga pada diri sendiri sebab terpaksa berpaut pada tali bila nak snorkelling dengan reaksi muka yang tidak boleh digambarkan. Aku pernah buat buat pandai berenang tapi ibu jari kaki terkena duri landak laut pulak. Alhamdulillah tak ada apa apa. 
Masih mampu feeling feeling titanic seorang diri walaupon kaki mengalami sedikit kecederaan. Sebenarnya tengah kecewa masa nih, jeles tengok kawan kawan berenang bebas di lautan biru. Aku pulak terpaksa duduk atas bot sambil tengok mereka mereka semua kuak kupu kupu dalam laut mencari ikan duyung yang cantik macam Neelofa. eh! dan akhirnya kitorang jumpa ikan duyung itu. tapi tak sama pun macam Neelofa.
Aktiviti snokerlling dilakukan sebanyak dua sesi, pagi dan petang. Tanning session pulak sepanjang hari. hehs. Apa yang boleh aku conclude, aktiviti ini sangat memenatkan tapi pada masa yang sama ianya menyeronokkan. Sebelum meninggalkan Pulau kapas, Kitorang bergambar secara berirama (Ramai ramai) untuk kenang kenangan.

kitorang stay di pulau kapas selama satu hari sahaja dan selepas itu meneruskan jelajah ke Masjid Kristal, pekena nasik kukus dan shopping keropok losong di terengganu. Aku harap entry ini cukup untuk meyakinkan korang bahasawanya Pulau kapas juga merupakan salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Review <b>Pulau Kapas</b> | :.Suka Duka Hidup Saye.:

Posted: 12 Jan 2014 10:00 AM PST

Assalamualaikum kepada pembaca blog yang tersayang..hahaha!
Seperti yang telah dijanjikan pada entry yang lepas, pza akan ceritakan details tentang percutian pza di pulau-pulau sekitar Terengganu .
Sebelum ni, pza dah pernah menjejakkan kaki ke Pulau Redang, cuba tengok entry ni Review Pulau Redang. Sangat seronok. >,<
Entry kali ni pulak, pza nak cerita cket tentang Pulau Kapas. Bagi review sikit pada mereka yang teringin sangat ke pulau,tapi mungkin kurang bajet.
Disebabkan oleh lokasi pulau tu dalam area Kuala Terengganu yang hanya mengambil masa 40 minit dari Batu Rakit untuk sampai ke jeti, kos perjalanan ke jeti dalam anggaran RM 30 dua hala. Kami bawa kereta sendiri. Mungkin untuk pelancong dari luar Terengganu, kos untuk ke jeti sahaja dah sampai RM 100.
Kami gerak dari rumah sewa dalam pukul 7.30 sebab janji dengan feri pukul 9.00 dah nak ke pulau. Dalam perjalanan tu, mai singgah dulu pekena nasi kandaq satttt...eh, salah, hahahha,nasik kerabu ayam bakar..perghhh! sedap tak terkira~~
* Anda dinasihatkan untuk makan sedikit sebelum ke pulau, kalau boleh jangan kenyang sangat,takut mabuk laut,keluar balik pulak apa yg dimakan tu. Bawak bekal pun tak pe, jimat taw. 
Nasi Kerabu + air = RM 6.50
Setelah 40 minit perjalanan, kami pun sampai la kat jeti Pulau Kapas tu..
tak sempat nak ambil gambar papan tanda Pulau Kapas.. =_=
Oh ya, kami ambil pekej 2 hari 1 malam "Fullboard" yang bermaksud,siap makan,snorkling dan tambang feri pergi balik. Kiranya,tinggal bawa diri dan baju2 jelaa..
haaa, tadi pza ada suruh bawak bekal kan, bukan apa, takut kita lapar dan waktu tu bukan waktu makan lagi, sekurang-kurangnya boleh jugak kita makan sikit, bawak la roti ke, biskut, nescafe 3in1 dan yang paling penting...AIR MINERAL.. tolong bawa, paling kurang seorang sebotol 1.5L sebagai persediaan. Bajet dalam RM 10

Berkaitan dengan pakej yang kami pilih, semua sekali anggarannya adalah dalam RM175++ SEORANG bagi bilik berhawa dingin. Kalau bilik kipas lagi murah, dan harga ni juga bergantung kepada kuantiti kumpulan kita, kalau 1 bilik 4 orang, murah la sikit. Pza nasihatkan, korang ambil pakej yang dah siap semua, nanti sampai sana tak la tercari2 nak snorkling kat mana,makan kat mana.. 
*Amaran, makanan di sana sangat mahal...boleh cecah RM20 kalau nasi berlauk tu...pening jugak kan kalau dengar harga macam tu...hahaha!! sebab tu, kena bawak bekal....~
Kami dapat pakej ni berdasarkan kawan, kalau korang nak cari, boleh cuba google Pulau Kapas. Ada beberapa chalet yang bersesuaian boleh dipilih, tanya terus chalet tersebut, ada tak sediakan pakej. Dalam perjanjian kami, masa booking aritu, kami akan tinggal di Kapas Coral Beach Resort. Tapi sebab ada perselisihan maklumat, kami tukar tarikh dan nasib baik dapat bilik jugak dekat Kapas Island Beach Resort.
Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa dalam 20-30 minit mengikut keadaan laut. Kalau korang naik bot yang macam kami tu, ambil la tempat duduk di bahagian atas, lebih terbuka dan kurang mabuk sikit. Lagipun boleh nampak Laut China Selatan yang luas tuuuu.... 
Bagi yang tinggal di Kapas Island Resort, kat situ ada swimming pool, tapi kecik jelaaa..masa kami pergi tak ramai sangat orang, jadi kolam tu dah macam hak milik kami je...
Teratak kami untuk satu malam, Pulau Susu Dara...awwchhhh, mentang-mentang 3 dara pingitan kan...
Bagi kami, bilik tu selesa, toilet pun ok, tapi tak la sehebat hotel2 mewah. Di dalam bilik ada disediakan tuala, pemanas air, ubat nyamuk elektrik. Berdasarkan bacaan pza, ramai yang cakap Pulau Kapas banyak nyamuk, jadi, sila bawa bekalan ye...
Sampai Pulau dalam pukul 10.30, kami check in bilik semua dalam pukul 11 baru selesai sebab kalau bilik full, kita kena tunggu dulu,waktu check out pukul 12 kalau tak silap. Kami rehat kejap, pukul 3tu kami keluar untuk sesi snorkling..yeayyy!!! 
Haaa, mesti korang teruja kan nak pergi pulau kapas ni, snorkling spot kami tu memang banyak sangat ikan..mesra-mesra pulak tu..oh ya! bawak la sedikit roti2 sebagai bekalan untuk bagi sikit kat ikan..jangan lupa jugak pakai sunblock ye!  sesi snorkling ni dalam 2-3 jam jugak laaa. Kalau macam kat Redang dulu, ada "underwater camera" tapi kat Kapas, xde pun..kita kena bawa sendiri kalau nak. 
Walau bagaimanapun, gambar-gambar kat atas ni pun dah ok la kan, ada jugak kenangan dengan ikan..~
Selesai sesi snorkling, bot pun hantar kami balik ke chalet, tapi kami tak balik bilk terus, jalan-jalan kejap..
Sangat tenang taw kat sana, kami jalan sepuas-puasnya keliling pulau tu, tak besar mana pun, pemandangan pun sangat cantikkk.. berbaloi taw kalau datang sini...
Menyaksikan matahari terbenam bersama kesayangan..awwwchh! masa ni memang penat, tapi seronok dan laparrrr!!! hihihi..jangan risau, makanan ada disediakan 3 kali, 1 sarapan, 1 lunch dan 1 dinner..makanan kat sana? boleh tahan la, dihidang secara buffet, jadi, ambil la banyak mana pun, kalau nak tapau bawak masuk bilik pun tak kesah..hahhaha..
Bagi aktiviti waktu  malam, kami ada BBQ sebenarnya, tapi bateri kamera pulak tak mengizinkan, 
untuk BBQ, arang + sewa tapak = RM 60
Hari kedua, kami dibawa untuk pusing-pusing pulau naik bot, lepas tu kami buat aktiviti sendiri, pagi tu kami keluar dalam pukul 8 pagi, round2 pulau sampai pukul 10, nak check out pukul 12, jadi kami pun main kayak..hahahhaha!!! 1 jam = RM10, tapi kami main lebih 1 jam rasanya...hihihi, sampai lenguh la tangan... habis main kayak, apa lagi, lari-lari balik bilik, kemas barang and check out laa...
Jom kita jumlahkan berapa kos bagi seorang untuk ke Pulau Kapas..
Roti + Air mineral + Biskut ; RM 10
* Kos ini tidak termasuk tiket bas anda dan tambang teksi ke jeti.
Sekian sahaja dari kami..semoga entry ini dapat membantu anda merancang percutian.. =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads