13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
Satay Sedap <b>di Kuala Terengganu</b> | My Selera Posted: 17 Feb 2014 06:43 AM PST Sempena cuti Tahun Baru Cina, penulis sempat pulang ke kampung dan singgah makan satay di restoran yang baru sahaja dibuka di Kampung Bukit Tok Beng. Kami sekeluarga memang merancang nak makan satay di Cendering yang diberi nama Satay Ori. Memang tempat favorite kami sekeluarga. Tetapi kami membatalkan hasrat untuk makan di Cendering memandangkan ramai rakan-rakan mencanang yang ada sate sedap di Bukit Tok Beng. Rupa-rupanya restoran yang dikatakan ada sate sedap tu hanya berada di depan jalan besar rumah kami. Isk isk isk.. Macam mana boleh terlepas pandang ni? Restoran ini mudah dan senang dicari. Jika datang dari arah Jambatan Kuala Terengganu, restoran yang diberi nama Syed Stulang Seafood ini terletak kira kira 200 meter dari traffic light Sek. Men. Ibrahim Fikri. Selepas traffic light mesti akan nampak signboard elektronik "SATAY" seperti gambar di bawah. Konsep makan sate di sini open air, hanya menggunakan kemah dan payung besar. Masa kami datang memang full house. Mungkin disebabkan tengah mujsim cuti atau sebab satay di sini memang sedap dan popular walaupun baru sahaja dibuka. Pada mulanya bila dah sampai, katanya satay dah habis. Tetapi bila dah duduk dia kata boleh lagi kalau nak order 30 cucuk. Fuh, nasib baik…… itu pun satay ayam yang baru dikeluarkan dari stok. Satay daging memang dah habis, tapi kalau nak kena tunggu lama. Satay di sini memang betul sedap dan besar-besar saiznya. Jika diperhatikan pada warna satay ayam ni kami boleh teka yang ianya dibakar bersama kuah satay atau ada kuah lain selain dari perapan sate itu sendiri. Pelik bila dengar tapi sedap. Kuah dia pun sedap dan pekat. Tak lengkap kalau tak order nasi impit. Nasi impit kami order untuk 6 orang makan. So kami dapat tiga pinggan macam ni. Harga, kami agak kurang pasti. Mungkin 1 pinggan RM4.00 untuk 2 orang makan. Kami pun ada order masakan panas mee goreng basah dan juga kuey teow kungfu.. Tapi kami terpaksa cancel order sebab selepas sejam menunggu dan selepas habis kami makan sate termasuk nasi impit semua, order masakan panas baru nak buat. Hmm.. Kecewa sikit. Bila bayar dekat kaunter dan komplen kepada cashier, kami dimaklumkan rupa-rupanya tukang masak ada dua orang sahaja. Sebab itu pesanan dapat lambat. Tetapi kalau nak makan nasi lemak atau laksa mungkin dapat cepat. Tapi kalau masakan panas kena pikir 2 3 kali sebab akan lama menunggu. Lepas ni tauke Syed Stulang Seafood kena fikir-fikirkan untuk tambah chef atau tukang masak sebab kedai dah popular dan ramai pengunjung. Overall, kami bayar semua dalam RM47.00. Sate ayam 30 cucuk, nasi impit 3 pinggan (6 orang makan), air buah 3 gelas, dan air biasa 4 gelas.. Syed STulang Seafood VN:F [1.9.22_1171] Satay Sedap di Kuala Terengganu, |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan