13 di dungun - Google Blog Search |
Jurukimpal maut kereta hilang kawalan rempuh pagar rumah <b>di</b> <b>...</b> Posted: 18 Feb 2014 09:04 PM PST Seorang jurukimpal maut setelah kereta Proton Perdana yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pagar sebuah rumah di Kilometer 5.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Binjal, malam Isnin. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Norami Mohamad, 30, dari Kampung Padang Midin sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman. Beliau dikatakan baru melawat isterinya yang bakal melahirkan anak sulungnya di Ajil, Hulu Terengganu. "Kereta mangsa terbabas dan berpusing sebelum merempuh pagar sebuah rumah di kawasan berhampiran. "Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi ketika menerima rawatan kecemasan di hospital Dungun," katanya. Sementara itu dalam kes berasingan, seorang pemandu jentolak maut apabila jentera yang dipandunya terhumban ke dalam gaung di sebuah kawasan lombong di Kampung Tepus, Jerangau, di sini pagi Selasa. Ahmad Zailani berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, Chai Guo Hua, 19, sedang menuruni sebuah kawasan berbukit sebelum jentolak itu gagal dikawal dan terbalik ke dalam gaung. Katanya rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantu mangsa dan bersama beberapa pekerja lain mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi. "Mangsa yang berasal dari Melaka mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik," katanya.Mayat dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - BERNAMA |
Pelajar Hisap Ganja Dalam Hostel <b>di Dungun</b> | Terengganu Today Posted: 20 Feb 2014 12:30 AM PST Kegiatan lima pelajar sebuah politeknik menjadikan bilik hostel sebagai port melepaskan gian mereka terbongkar selepas diserbu anggota keselamatan pusat pengajian terbabit. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi, lima pelajar berkenaan difahamkan sedang 'lalok' dan hasil ujian saringan air kencing mendapati, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 21 tahun, positif ganja. Kesemua suspek yang merupakan pelajar jurusan diploma berasal dari Dungun, Selangor dan Kelantan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut, namun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan kimia bagi tindakan selanjutnya. Sementara itu, dalam operasi sepasukan polis narkotik Dungun di Ketengah Jaya, sembilan penagih berjaya dicekup dalam beberapa serbuan berasingan yang dijalankan bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi, kelmarin. Hasil ujian saringan air kencing, kesemua mereka yang terdiri daripada anak peneroka Felda didapati positif dadah jenis morfin. Kesemua suspek yang turut mempunyai rekod lampau kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan & Pemulihan 1983). Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. – Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from di dungun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan