Khamis, 13 Februari 2014

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Remaja maut kemalangan <b>di Kemasik</b> | Terengganu Today

Posted: 29 Dec 2013 07:45 PM PST

Zainun kelihatan sugul di Bilik Forensik Hospital Kemaman, Chukai, pagi semalam. Gambar kecil: Nurul Hazwani

"Dia memang suka bergambar, tapi tak pernah berbuat demikian sebelum pergi kerja. Semalam (kelmarin), dia suruh saya ambil gambarnya atas motosikal, tak sangka dia pergi setelah kemalangan dengan motosikal itu juga," luah Zainun Bakar, 57.

Zainun merupakan ibu kepada Nurul Hazwani Abd Rahman, mangsa kemalangan maut di Kilometer 122.5 Kuala Terengganu-Kemaman, kira-kira jam 11 malam semalam.

Menurut Zainun yang merupakan ibu tunggal, kejadian menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu benar-benar mengejutkannya, apatah lagi sebelum anaknya keluar dari rumah ke tempat kerja sekitar jam 1.30 petang kelmarin keadaannya ceria seperti biasa.

"Saya tak terfikir apa-apa ketika dia minta saya ambil beberapa keping gambarnya bersama motosikal, biarpun selama ini arwah tak pernah berbuat demikian sepanjang hampir tiga tahun bekerja di Mesra Mall, Kemasek.

"Motosikal itu dibeli secara ansuran Julai lalu untuk kemudahannya berulang-alik ke tempat kerja yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan. Dia sudah hampir tiga tahun bekerja di sana dan baru dinaikkan pangkat sebagai penyelia juruwang sekitar Oktober lalu.

"Tiada sebarang perubahan dilihat pada arwah, cuma ketika makan nasi sekitar jam 9 pagi semalam (kelmarin) dia kurang selera dan agak diam. Bagaimanapun, dia kembali ceria seperti biasa sewaktu ingin ke tempat kerja. Malah, dia sempat melambai dan ucap 'bye bye' kepada saya," katanya.

Zainun berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Kemaman, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.-sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads