Khamis, 13 Februari 2014

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Wajah Suspek Kes Kanak-Kanak Dibunuh Kejam <b>Di Dungun</b> Tersebar

Posted: 22 Jan 2014 10:27 PM PST

Teman lelaki dan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Dungun pada Selasa antara empat suspek ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata teman lelaki ibu kanak-kanak itu yang merupakan suspek utama ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Rabu di Kuala Paka, Dungun.
Katanya susulan itu, dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun serta ibu kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun diberkas antara 10.30 malam tadi hingga 1.30 pagi ini di sekitar Paka.
"Sebelum itu (semalam) kita telah menahan teman lelaki ibunya untuk membantu siasatan berhubung laporan kehilangan kanak-kanak yang dibuat ibunya pada Sabtu lalu (18 Januari).
"Selepas penahanan suspek utama itu barulah mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui pada hari yang sama dan sejurus itu, kita menahan dua lagi rakannya serta ibu mangsa bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang media di sini Rabu.
Mayat kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan separuh bogel ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang semalam. Bapa kandung kanak-kanak malang itu masih ditahan di penjara berhubung kesalahan dadah.
Manoharan berkata ketika ditahan suspek utama berumur 25 tahun itu dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.
Katanya hasil siasatan mendapati laporan dibuat ibu mangsa berhubung kehilangan anaknya itu pada Jumaat adalah palsu kerana dipercayai telah dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan itu.
Dalam laporan itu, ibu kanak-kanak itu memaklumkan anaknya itu hilang selepas ditinggalkan bersendirian dalam sebuah kenderaan semasa dia dan teman lelakinya berjumpa rakan di Dungun.
Manoharan berkata siasatan juga mendapati suspek utama adalah individu terakhir bersama-sama mangsa selepas ibunya membenarkan kanak-kanak tersebut keluar dengan teman lelakinya kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lalu.
Namun kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, suspek memaklumkan kanak-kanak itu telah hilang dan memaksa ibunya membuat laporan polis, katanya. "Kesemua yang ditahan ini merupakan penagih dan pengedar dadah.
Justeru kita masih menyiasat sama ada ibunya terlibat dalam kes kematian ini atau sebaliknya," katanya. Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan suspek untuk membawa keluar mangsa sebelum ditemui mati dibunuh.
Polis percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek dan mengetahui motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh, katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads