13 di bukit besi - Google Blog Search |
FJ Journal: SEPAGI AHAD <b>DI BUKIT BESI</b> Posted: 09 Feb 2014 09:34 AM PST [unable to retrieve full-text content]so hari ni aku berkesempatan untuk join cousin aku dan beberapa rakan tamannya untuk mendaki bukit besi. letaknya bukit besi ni di alam damai, kemungkinan namanya diambil dari nama sungai besi, sebab laluannya pun ... |
Pemuda maut nahas motosikal bertembung <b>di Bukit</b> Diman <b>...</b> Posted: 05 Feb 2014 09:30 PM PST Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak 20 meter, manakala seorang lagi parah apabila kenderaan ditunggang mereka bertembung di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi dekat Kampung Bukit Diman, kelmarin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Diman itu dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 125Z dari arah Ajil ke Bukit Besi terbabas masuk ke laluan bertentangan kira-kira jam 8.15 malam. "Akibatnya, motosikal Yamaha 125Z ditunggang Muhammad Azraai Jali, 21, bertembung dengan motosikal Honda EX5 dinaiki Mohamad Syazwan Zun, 18, bersama seorang pembonceng, Muhammad Jasnin Fahkimie Abdul Hadi, 19. Semua mereka dari Kampung Bukit Diman. "Pertembungan itu mengakibatkan Muhammad Azraai parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohamad Syazwan parah di kepala serta kaki kiri. Bagaimanapun, Muhammad Jasnin Fahkimie hanya cedera ringan. "Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan penunggang Honda EX5 kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu," katanya. Sementara itu, ayah Muhammad Azraai yang mahu dikenali sebagai Jali, 40-an berkata, kejadian menimpa anaknya itu benar-benar mengejutkan kerana ia berlaku hanya kira-kira 15 minit selepas anaknya keluar dari rumah.-hm "Saya sampai di rumah dari tempat kerja lebih kurang jam 6.30 petang sebelum disusuli Muhammad Azraai setengah jam kemudian. Bagaimanapun, selepas Maghrib, dia keluar semula dan minta RM10 daripada saya untuk buat minum air. "Bagaikan tidak percaya apabila ada seseorang hubungi beritahu yang anak saya telah tiada kerana terlibat dalam kemalangan," katanya. Menurut Jali, dia tergamam seketika selepas mendengar berita kemalangan tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak tidak jauh dari rumahnya. "Anak saya ini kerja di pelantar minyak, tapi sudah tiga bulan dia tak pergi ke laut dan bila ditanya mengenai hal ini jawapannya, nantilah dulu. "Walaupun sukar untuk percaya kemalangan ini terjadi, namun saya reda ketentuan-NYA," katanya sebak.-sh |
You are subscribed to email updates from di bukit besi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan