Sabtu, 12 Oktober 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Umno <b>Bukit Besi</b> / Dungun Tak Malu Ke Pemandangan Begini <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 03:02 AM PDT

Gambar dibawah saya ambil bulan Januari lalu dan ada saya postkan di SINI. Cantik kan.... tenang jer suasana tasik tu dan bila dibayangi ratusan bendera2 Umno, jadi macam pesta pula.
TAPI itu duluuuuuuu ........ Ni ha gambar yang saya ambil tengahari tadi. Tasik masih tenang cuma ketenangan itu telah dicemari bendera2 Umno yang telah reput lusuh dan carik.

Takkan takde siapapun orang Umno ( Bukit besi / Dungun ? ) yang lalu kawasan itu setiap hari ?

Pasang pandai tapi tak reti nak jaga ......Kalau tak mahu ganti pun, cabutlah ... MEMALUKAN !

PS - Maaf kalau tersalah sebut nama kawasan tapi rasanya betul dah...

Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah <b>di Bukit Besi</b> - Realiti <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2013 12:57 AM PDT

Hisham menunjukkan rim kereta api yang ditemui di tapak lombong Wahaba Wangin.

BUKIT BESI – Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik.

Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.

Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.

Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.

"Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.

Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.

"Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.

"Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katanya.

Sinar Harian

LensaHandphone: DUN <b>Bukit Besi</b> Menyusun Gerakkerja untuk <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 04:40 PM PDT


Dungun mencipta satu rekod yang baik semasa PRU-13 dimana Parlimen Dungun P39, Dun Sura N27, Dun Rantau Abang N26 dan Dun Paka N28  PAS menang, tapi hanya kalah di N25 Bukit Besi.

Kekalahan ini adalah punca status Dun siapa yang sepatutnya bertanding dikalangan PR. Kesefahaman asal sepatutnya Cikgu Loh (Abdullah) yang mewakili PKR tetapi malangnya calon ini dicantas sehingga Cikgu Loh terpaksa membuat laporan bertulis kepada kepimpinan PKR pusat.

Timbul isu PIL KUDA dan calon bidang terjun dikalangan PKR yang sudahlah lemah di Terengganu tetapi berpecah pula kepada 3 kumpulan nakkan calon di situ.

Pilihanraya perlukan persediaan yang mantap bukan hanya 3 atau 4 bulan nak PRU baru berebut dan nak bekerja.

Atas dasar ini saya setuju dengan Presiden PAS, PAS bersifat menyelematkan kawasan yang sepatutnya boleh memang jika ada usaha.

DUN Bukit Besi pernah menjadi milik PAS apabila Ustaz Roslan Ismail, memang di kerusi itu pada PRU-11

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun telah membuat beberapa ketepatan dalam perbincangan hangat bagi memastikan PR menguasai Dungun yang mempunyai 1 parlimen dan 4 dun.

Kata-kata ransang daripada bilik Gerakan Dun Bukit Besi menunjukkan Bukit Besi milik PR untuk PRU-14 nanti dan dengan ini PR boleh menguasai Terengganu.

"Pas gagal memenangi hati pengundi N25 Bukit Besi masa PRU13 namun mlm ini ceramah politik pertama untuk cipta gerakerja untuk kemenangan digarap PRU14."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads