Rabu, 24 April 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


ZAKARIA DAGANG NOK TANDING JUGA <b>DI SEBERANG TAKIR</b>

Posted: 18 Apr 2013 10:17 PM PDT

peluang BN Terengganu semakin cerah dengan pergaduhan PKR dan Pas ini...
 
Keghairahan Pas hendak bertanding sehingga sanggup merampas kerusi yang diperuntukkan kepada PKR...misalnya di Seberang Takir, Zakaria Dagang diumumkan oleh Pas untuk bertanding, sedangkan itu merupakan kerusi PKR.
Walau pun PKR telah diputuskan bertanding mewakili Pakatan di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Terengganu, tetapi Pas engkar dan tidak mematuhi ketetapan tersebut.
Kerusi-kerusi PKR yang bakal ditandingi PKR ialah Permaisuri, Kota Putera, Telemong, Seberang Takir, Bukit Besi dan Bandar, manakala Parlimen ialah Kemaman.
Namun begitu, malam tadi di Rusila Pas mengumumkan juga calon mereka di Kota Putera dan Seberang Takir.
Ini merupakan suatu pencabulan dan janji tidak ditepati.
 Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Abd.Rahman Yusof menyelar tindakan Pas yang tidak menghormati perjanjian.
"Pemimpin Pas perlu belajar menghormati keputusan kalau hendak rakyat menghormati mereka," tegas Abd Rahman
 Abdul Rahman yang juga Setpol Kanan Anwar Ibrahim telah membuat lapaoran rasmi kepada PKR Pusat (Dato' Seri Anwar) berhubung pencabulan hak PKR itu untuk tindakan selanjutnya.
Namun katanya, pertandingan tiga penjuru BN, PKR dan PAS akan berlaku di Dun Kota Putera dan Seberang Takir kerana "kami tak akan berundur dan tetap dengan keputusan dan perjanjian asal".
Pemimpin Pas perlu menghormati PKR dan penjanjian asal, barulah rakyat akan hormati .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads