13 di bukit besi - Google Blog Search |
PAS vs PKR : BN yakin menang <b>di Bukit Besi</b> - Rakyat Tranung Posted: 21 Apr 2013 02:38 AM PDT Oleh: Aida Abd Rahman Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Encik Roslee Daud , 53, menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) mempertaruhkan dua wakil dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi yang sama memberi kelebihan kepada BN untuk kekal mempertahan kerusi itu. "Pecahan undi pembangkang kepada PR boleh menyebelahi kita disebabkan wujudnya ketidaksepakatan di kalangan mereka yang mahu menampilkan wakil masing-masing. "Jadi faktor itu memberi kelebihan kepada BN disebabkan kemungkinan penyokong mereka akan berpecah sekaligus BN akan tetap memenangi DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini," katanya. Beliau berkata, tindakan Pas yang mengambil keputusan saat akhir untuk tetap meletakkan calonnya sedangkan PKR lebih dahulu mengumumkan calonnya di situ, membuktikan PR dari awal lagi tidak mampu menemui kata sepakat dalam aspek meletakkan calon, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negeri dan negara sebagaimana hasrat kepimpinan pembangkang itu. Encik Roslee yang juga Setiausaha Umno Bahagian Dungun sejak lima tahun lalu juga yakin dengan kekuatan jentera parti termasuk sokongan akar umbi serta penyandang kerusi itu sebelum ini, Dato' Din Adam yang akan tetap bersama membantu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. "BN di DUN Bukit Besi sudah memiliki kekuatan tersendiri berikutan kita mempunyai keahlian Umno yang berdaftar lebih 6,000 orang, selain kekuatan padu jentera parti. Oleh itu, kita berasa yakin mengekalkan kemenangan walaupun berdepan tiga penjuru kali ini," katanya. Beliau yang berkecimpung dalam kancah politik lebih 30 tahun lalu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Bukit Besi yang juga kawasan kelahirannya itu, sebagaimana kepimpinan BN sebelum ini, selain berusaha mengatasi masalah rakyat khususnya isu perumahan dan membuka peluang pekerjaan baru. - Teganukita |
UiTM <b>BUKIT BESI</b> AKAN DIBUKA JUN INI | Disket Hitam Posted: 25 Mar 2013 12:00 AM PDT Pengambilan pertama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi yang dibina dengan peruntukan RM93 juta akan dimulakan Jun ini, kata Penolong Naib Canselor UiTM Prof Dr Suhaimi Abdul Talib. Beliau berkata buat permulaan kampus UiTM ke-36 itu akan menempatkan 600 pelajar dengan memberi tumpuan kepada program sains dan teknologi selain kejuruteraan makanikal dan kimia. "Kampus di Bukit Besi itu apabila siap keseluruhannya akan menempatkan seramai 3,000 pelajar, namun ketika ini kita hanya mampu menempatkan antara 500 dan 600 pelajar kerana ketiadaan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa,"katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan UiTM Kampus Bukit Besi oleh Jabatan Kerja Raya di kampus itu di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Pengarah JKR Terengganu Shafii Mohamad. Suhaimi berkata fasa pertama kampus UiTM Bukit Besi yang mula dibina pada 2009 itu merangkumi asrama, medan selera melibatkan peruntukan RM20 juta; fasa kedua pembinaan perpustakaan, bangunan pentadbiran dan infrastruktur melibatkan peruntukan RM45 juta; dan fasa ketiga bagi menyediakan blok akademik, dewan kuliah dan makmal melibatkan peruntukan RM28 juta. Katanya kerajaan Terengganu menyediakan tapak untuk UiTM kampus Bukit Besi seluas 400 hektar dan daripada jumlah itu sebanyak 60 hektar telah dibangunkan. "Kita telah memohon daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk projek fasa kedua bagi membina asrama untuk menampung 3,000 pelajar yang dijangka siap pada 2016 nanti," katanya. Suhaimi berkata dengan pembukaan kampus baharu itu, UiTM kini mempunyai kira-kira 170,000 pelajar di 36 kampus UiTM di seluruh negara. Katanya beberapa kampus baharu UiTM sedang dalam pembinaan bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar antaranya Kampus Dengkil, Selangor, yang mampu menampung 5,000 pelajar, Rembau (Negeri Sembilan), Raub (Pahang) dan Balik Pulau (Pulau Pinang) yang masing-masing mampu menempatkan 3,000 pelajar. |
You are subscribed to email updates from di bukit besi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan