Rabu, 24 April 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


teganuku: <b>Rantau Abang</b> Membangun <b>Di</b> Bawah Barisan Nasional _ <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 03:06 PM PDT


Rantau Abang pada satu ketika tersohor di seluruh dunia kerana menjadi lokasi pendaratan penyu belimbing yang kini dikategorikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan.

Sekitar tahun 1960-an hingga lewat 1980-an, Rantau Abang bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong, malah turut menjana ekonomi penduduk setempat melalui sektor perniagaan dan pemajakan kawasan kutipan telur penyu.

Walaupun kini zaman kegemilangan Rantau Abang sebagai lokasi penyu bertelur sudah pun berakhir, usaha untuk terus memulihara haiwan itu tetap diteruskan melalui pelbagai program yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).


Penduduk tempatan ternyata lebih senang memilih calon BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu dan Parlimen Dungun untuk membawa suara mereka, sekali gus memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Hanya pada tahun 1999, kawasan DUN itu dimenangi PAS, namun penduduk kemudiannya kembali ke pangkuan BN pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Pada PRU13 ini, calon BN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd Adib ditentang oleh Alias Harun (PAS) dan Mazlan Harun (Bebas).

Mengulas mengenai persaingan tiga penjuru itu, Za'abar berkata ia tidak akan menjejaskan kemenangan BN memandangkan pengundi sendiri boleh menilai semua usaha yang dilakukan BN hasil transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Rantau Abang kini semakin berubah menerusi pemerintahan BN, dengan projek naik taraf kemudahan infrastruktur seperti jalan raya empat lorong, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Pulau Serai, yang memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 penduduk di Rantau Abang mendapatkan pelbagai keperluan harian pada harga berpatutan.

"Pada tahun 1986, DUN itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, namun calon Bebas cuma dapat 100 lebih undi. Cuma, kali ini (cikgu) Mazlan anggota PKR, bertanding atas tiket Bebas.

"Bagaimanpun ia bukanlah ancaman besar yang boleh menjejaskan kemenangan BN kerana pada dasarnya, pengundi akan melihat kepada manifesto dan (akan) mengundi parti-parti politik arus perdana, berbanding calon Bebas yang tiada apa-apa untuk dijanjikan," katanya  di Dungun.

Di Terengganu, Dungun merupakan satu-satunya Parlimen yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, satu di kerusi Parlimen manakala dua di kerusi DUN Rantau Abang dan DUN Bukit Besi. Za'abar yang tidak memandang remeh terhadap kemampuan lawan, berkata pengumuman manifesto tambahan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, pasti dapat menambat hati pengundi.

"Kita (BN) janji, kita buat...ini yang penting. Jika diberi mandat lagi selepas PRU ini, kita akan bina sebuah gelanggang futsal tertutup dengan kos RM350,000 dan satu gelanggang futsal terbuka bernilai RM150,000 di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Begitu juga dengan isu pemilikan rumah, di mana manifesto BN Terengganu akan memberi rakyat peluang untuk memiliki satu tapak rumah atau satu tapak pertanian kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan keperluan asas kepada rakyat," katanya.

Sejak beberapa tahun lepas, kira-kira 100 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina di kawasan seluas dua hektar di sekitar Gong Batil dan Gong Pasir.

Mengenai sokongan pengundi tegar PAS, Za'abar berkata penyokong PAS kini semakin keliru dengan pelbagai dasar parti itu yang dilihat semakin "berlembut" dengan PKR dan DAP.

"Dulu harapan sebahagian besar penyokong tegar ialah membangunkan negara Islam, tetapi hari ini ramai penyokong mereka merasakan PAS sudah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya

"Paling penting ialah rakyat sudah merasakan banyak perubahan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, sejak Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dengan rakyat sudah merasakan perubahan dan keselesaan di bawah BN," katanya.

 DUN Rantau Abang mempunyai 20,618 pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads