Rabu, 24 April 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Fitnah, PAS <b>di Kemaman</b> disaman 5 juta - Rakyat Tranung

Posted: 19 Apr 2013 10:25 AM PDT


Gara-gara mengedarkan risalah berunsur fitnah dan palsu berhubung Zoo Bukit Takal, Terengganu, Parti Islam Semalaysia (Pas) menghadapi tuntutan saman daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menuntut ganti rugi RM5 juta.
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 April bagi pengurusan kes itu untuk Pas memasukkan kehadiran.
Ini kerana ketika pengurusan kes tersebut hari ini, peguam Azwan Abdul Wahab yang mewakili MPK memberitahu pemberita, jika tiada sebarang respons sehingga tarikh tersebut, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar daripada Pas.
Dalam penyataan tuntutan, pada 7 September 2012, Pas telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya di bandar Chukai, Terengganu dan dihadiri oleh ahli-ahli defendan.
Dalam majlis itu, Pas selaku pihak defendan telah mengedar dan menyerahkan kepada orang ramai termasuk kakitangan plaintif yang melalui kawasan itu, satu risalah dua muka surat bertajuk Adun Chukai Baham Tanah 5 Ekar dan Fakta Zoo Bukit Takal.
Menurut plaintif, setelah meneliti risalah itu, MPK Kemaman mendapati isi kandungannya yang bertajuk Fakta Zoo Bukit Takal yang berlatarbelakangkan gambar pintu masuk zoo tersebut dengan logo plaintif dengan dua gambar dalam zoo yang mengandungi pernyataan fakta falsu dan berunsur fitnah.
Perkataan itu antaranya membawa maksud pihak berkuasa tempatan itu telah menyalahgunakan wang rakyat, melakukan pembaziran dalam pengurusan kewangan, tidak amanah, tidak cekap dan membina zoo yang tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130419/ma_09/Majlis-Perbandaran-Kemaman-saman-Pas-tuntut-RM5-juta#ixzz2QvlcyYij
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads