Khamis, 14 Mac 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


UMNO Online - Seramai 35 Ahli Pas <b>Di Setiu</b> Sertai UMNO

Posted: 09 Mar 2013 09:40 PM PST

Kategori Berita Pilihan

Seramai 35 Ahli Pas Di Setiu Sertai UMNO

BESUT, 10 Mac – Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

"Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya," katanya kepada pemberita.

Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

"Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka," katanya.

Majlis penyerahan borang keahlian Umno didahului oleh Ali kepada Setiausaha UMNO bahagian Setiu, Ismail Samah. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 10 March 2013 1:40 PM

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru <b>di Setiu</b>, Terengganu

Posted: 16 Feb 2013 12:36 AM PST


Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort.

Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini.

Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa.

Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' dan sebagainya.


Bagi sesetengah orang yang sukakan kesunyian untuk menulis, membaca atau menyiapkan tugasan, ia adalah tempat yang sesuai bagi mencari idea dan ketenangan dalam berkarya.

Kunjungan blogger baru-baru ini sempat dijamu oleh tuan punya resort yang mesra di panggil Abang Din dengan Nasi Ulam budu berlauk sayur masak lemak serta ikan goreng. Sungguh berselera menjamu santapan lebih-lebih lagi dengan suasana di tepi sungai.

Landskapnya juga ringkas dan menarik dengan pelbagai koleksi pokok hutan serta pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat.


Blogger juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Abang Din kerana turut sama-sama menyumbang dalam industri pelancongan terutama untuk daerah Setiu dan Terengganu. Sememangnya kita mempunyai pelbagai aset yang boleh diketengahkan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan D Kekabu Inn bolehlah berhubung terus dengan tuanpunya resort ini iaitu ABang Din di talian 0139433901.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads