Khamis, 14 Mac 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Gambar Cico Harahap Berpesta Liar <b>Di Pulau Perhentian</b> | melvister <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 07:40 PM PST

Gambar Cico Harahap dikatakan berpesta liar dan ada tattoo di Pulau Perhentian. Sekarang ni memang kecoh dengan penyebaran gambar Cico yang dulunya dia telah membuat kenyataan bahawa dia ingin berubah dan mempelajari agama. Dalam beberapa keping foto terkini, Cico  sedang bergembira bersama teman-teman di pulau perhentian baru-baru ini. Apa yang lebih mengejutkan Cico Harahap juga dilihat tanpa segan silu memperlihatkan tatu yang ada di sebelah kanan bahunya sambil memegang tin minuman keras.

Percutian Bajet Ke <b>Pulau Perhentian</b>, Terengganu

Posted: 18 Feb 2013 05:13 AM PST

pl_01.1

PERCUTIAN sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi setelah mengharungi hari-hari yang sibuk sama ada melibatkan urusan kerja atau tekanan hidup di kota raya.

Percutian pasti menjadi lebih meriah jika ia dilakukan bersama-sama teman rapat seperti yang berlaku kepada diri saya.

Selepas mendapat persetujuan semua, saya bersama tiga rakan, Nur Izzati Mazli, Farah Syahidah Johari dan Suraya Ideris menempah pakej percutian tiga hari dua malam ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Sesuai dengan tema percutian bajet, kami memilih memandu sendiri ke Terengganu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur yang mengambil masa kira-kira enam jam dan berlepas ke Pulau Perhentian menaiki feri dari jeti Setiu sebelum menginap di Pulau Perhentian Besar.

Setibanya di sana, kami terkesima dengan keindahan pulau, kejernihan air dan pasir pantainya yang putih. Malaysia memang terkenal mempunyai pulau yang amat indah.

Kami sangat teruja menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah. Aktiviti pertama kami adalah menaiki bot ke pulau-pulau berdekatan untuk aktiviti snorkeling.

Tidak tergambar dengan kata-kata betapa indahnya pemandangan dasar laut yang penuh dengan terumbu karang berwarna-warni, ditambah pula dengan hidupan laut yang sangat jinak dengan pengunjung.

Siang mula melabuhkan tirai, kami mengambil kesempatan bersiar-siar di sepanjang pantai menikmati pemandangan matahari terbenam sebelum menjamu selera dengan hidangan makanan laut segar di tepi pantai.

Keesokan harinya, kami menyambung aktiviti laut menaiki bot ke Taman Laut Redang di Pulau Redang yang terkenal dengan baby shark dan penyu yang jinak. Kemudian kami meneruskan aktiviti snorkeling di Pulau Tengah.

Dalam perjalanan pulang, kami juga sempat singgah di perkampungan penduduk tempatan untuk mencuba makanan enak dan murah di samping melihat sendiri gaya kehidupan mereka di sana.

Masa seakan terlalu pantas, kami sangat gembira dengan percutian bajet yang sememangnya memberikan 1,000 makna dan kenangan.

Pastinya kami akan berkunjung lagi ke Pulau Perhentian yang lebih dikenali sebagai ?syurga hidupan laut? yang hanya memerlukan belanja yang minimum.

Oleh: SITI NUR' RAHMAH MUHAB SHAH, KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads