Khamis, 14 Mac 2013

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


(Video Inside) PERKASA demo bantah Anwar Solat Jumaat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 12:25 AM PST

(Video Inside) PERKASA demo bantah Anwar Solat Jumaat di Kerteh hari ini

Posted by era pasca Friday, November 9, 2012

From Baginda Reformasi.
Kumpulan aliran mahzab PERKASA di bawah naungan mazhab imam besar ibrahim ali hari ini
telah menghalang anwar ibrahim dari mengerjakan solat jumaat di terengganu dalam sesi
jelajah kebangkitan rakyat, aliran mazhab ahlul Perkasa ini adalah aliran agama melayu
iaitu percaya kepada keris, beriman kepada tanjak dan menyakini hanya bangsa melayu
dari keturunan umno saja bangsa yang paling mulia di muka bumi.

Pelik tapi benar, itulah kejadian yang disaksikan oleh pemimpin pemimpin KeAdilan yang 
berada di dalam bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dalam perjalanan ke Terengganu 
hari ini. Sekumpulan manusia yang dipercayai Ahli PERKASA dan juga UMNO 
Kemaman, Terengganu yang sudah semestinya beragama Islam telah dilihat 
mengadakan bantahan ditepi jalan kerana membantah kehadiran Anwar Ibrahim untuk 
kesitu bagi menunaikan solat Jumaat. 

Kumpulan yang melebihi 20 orang itu mengadakan bantahan sejurus ketika bas Jelajah 
Merdeka Rakyat menghampiri kawasan Masjid Tengku Mizan. Dengan aksi seumpama 
kera kena belacan mereka melompat lompat di tepi jalan sebagai membantah 
kehadiran rombongan ke Masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat..

Yang peliknya ialan mereka dari pertubuhan yang mendakwa memperjuangkan Islam 
tetapi dalam masa yang sama membantah seorang Islam yang lain menunaikan kewajipannya..

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads