13 di pulau kapas - Google Blog Search |
Posted: 06 Feb 2013 11:44 PM PST As salam semuo... Sebelum ini PM pernah kongsikan berkenaan pakej Pulau Perhentian dan pakej Pulau Redang...kali ini PM hendak kongsikan berkenaan pakej Pulau Tioman pula... Pemergian PM dan wife ke Pulau Tioman pada bulan Febuari 2012 selepas menyaksikan beberapa kawan kami ke sana...apabila melihat gambar-gambar mereka, hati mula tertawan dengan keindahan semulajadinya... Setelah mendapat beberapa info berkenaan Pulau Tioman dari kawan-kawan PM, pakej dari Damai Tioman Resort menjadi pilihan kami...Damai Tioman Resort terletak di Kampung Genting... Terdapat beberapa buah kampung di Pulau Tioman antaranya Kampung Salang, Kampung Panuba, Kampung Ayer Batang, Kampung Tekek, Kampung Paya, Kampung Genting, Kampung Nipah, Kampung Minang Cove, Kampung Mukut dan Kampung Juara...jika kawan-kawan inginkan kemeriahan boleh pergi ke Kampung Salang sebaliknya jika hendakkan ketenangan dan kedamaian boleh pergi ke Kampung Genting... Ketika menginap di Damai Tioman Resort, PM mengambil pakej 3 hari 2 malam bernilai RM 288.00 seorang...yup pakej bajet...pakej termasuk makan dan minum, snorkeling dan tambang feri pergi dan balik...keadaan bilik selesa dan bersih...makanan yang dihidangkan juga tidak menghampakan...servis dan layanan dari pihak resort juga sangat memuaskan... Namun begitu, pada mereka yang mungkin ada bajet lebih dan inginkan lebih keselesaan mungkin boleh pilih resort lain yang lebih baik...di sana terdapat banyak resort mahupun chalet...setiap kampung mungkin terdapat 3-4 resort untuk dipilih berdasarkan bajet masing-masing...selera kawan-kawan mungkin berbeza dengan PM...PM hanya kongsikan apa yang telah PM lalui... Ruang makan yang agak selesa...terletak beberapa langkah jer dari bilik kami menginap...untuk pengetahuan semua, ketika di sana pada hari kejadian, hanya PM dan wife menjadi tetamu di sana...oleh itu kami mendapat layanan yang sangat istimewa dari pihak resort...hehe PM dan wife memang gemar bercuti pada hari weekday...tak ramai orang...bercuti pada hari weekday bukanlah masalah pada kami kerana kami sudah biasa kerja pada hari weekend...hehe jika bercuti pada hari weekend ataupun cuti sekolah ke, memang ramai pengunjung di sini...bila sudah terlalu ramai orang tak syok sangat kan..?? Menikmati minum petang sambil menunggu matahari terbenam...fuhh memang indah...kagum dengan ciptaan Allah SWT... Bergambar kenangan di sekitar kawasan resort...tidak kelihatan orang lain kan..?? Yup pantai itu seperti private beach PM yang punya...ituh yang tangkap gambar takdo segan silu tuh...hehe Damai Tioman Resort nih bukanlah yang terbaik...resortnya tidak sehebat resort INI ketika PM bercuti di Pulau Redang...resortnya biasa-biasa ajer...namun PM dan wife masih menikmati saat-saat indah di sana...masih lena tidur kami... Pada kawan-kawan yang mungkin ingin mengetahui harga pakej Pulau Tioman yang terbaru dari Damai Tioman Resort boleh klik SINI |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan