13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
BENDERA PAS KOYAK <b>DI KUALA TERENGGANU</b>??? - Angin Laut <b>...</b> Posted: 26 Feb 2013 09:00 PM PST Salam buat semua... Parlimen Kuala Terengganu biasa menjadi perhatian pemerhati politik setiap kali datangnya pilihanraya. Dikatakan kawasan ini sering bertukar tangan sejak beberapa pilihanraya sebelum ini. Kali terakhir ialah apabila pilihanraya kecil P036 diadakan pada Mac 2009 setelah penyandangnya Dato Razali Ismail dari Parti Barisan Nasional meninggal dunia.
Pilihanraya Kecil itu dimenangi pula oleh PAS melalui wakilnya Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Semasa menerima keputusan itu, ada pengundi begitu bergembira. Mereka solah-olah berpuashati kerana dapat menjatuhkan Barisan Nasional disini. Mereka bertakbir, pasukan bermotor dengan berbaju hijau meraikannya mengelilingi bandar Kuala Terengganu. Tidak kurang yang sengaja melakukan provokasi, melalui jalan dihadapan rumah calon Barisan Nasional Dato' Wan Ahmad Farid dengan deruman kuat bunyi motosikal masing-masing. Namun kegembiraan itu rupanya hanya sementara. Selepas 6 bulan, pengundi mula sedar mereka tersilap memilih parti. Ada diantara mereka yang ditemui menyatakan kekesalan kerana memilih PAS. Bagi mereka ternyata PAS tidak mampu memberi apa-apa bantuan kepada rakyat yang memilih parti itu. Memang betul dari pengamatan penulis, wakil rakyat Kuala Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam, langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai YB. Malah dikatakan tidak turun menjenguk rakyat. Pernah berlaku kejadian kebakaran di Kg Wakaf Mempelam, Wakil Rakyat ini langsung tidak datang bertanya khabar. Begitu juga jika ada kematian beliau langsung tak nampak batang hidung. Sebenarnya keadaan ini bukan saja berlaku di Wakaf Mempelam tetapi juga berlaku di 2 DUN lagi yang dimenangi PAS iaitu Batu Buruk dan Ladang. Kini pilihanraya datang lagi, barulah mereka yang bergelar wakil rakyat dari PAS muncul entah dari gua mana, menunjukkan diri. Mereka mula memberi senyum kepada rakyat. Wahid endut dilihat berada di suatu tempat untuk berbincang tentang Pangsapuri Ladang Gemilang. Dia juga dilihat hadir berceramah di Kg Wakaf Mempelam. Namun rakyat sudah muak melihat perilaku mereka yang hanya berlakon sempurna ketika musim pilihanraya. Rakyat tak ingin ditipu lagi. Buktinya kini berkibaran bendera Barisan Nasional diseluruh Kuala Terengganu. Mengalahkan bendera PAS. Anak muda telah mula keluar dengan bersemangat memasang bendera Barisan. Ada dikalangan mereka pada tahun 2009 membantu PAS memasang bendera bulan tapi kali ini mereka bersama Barisan Nasional. Begitu juga program-program Salam Sayang anjuran wanita, ramai muslimah PAS (Boleh dikatakan bekas muslimah) hadir disetiap program di seluruh parlimen ini. Angin yakin sepenuh hati dengan komitment pemimpin Barisan Nasional selama bertahun membantu rakyat tanpa jemu, rakyat akan membalas jasa mereka dengan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini. Apalagi bila Angin terbaca komen penulis di dalam Sinar Harian yang mengatakan bahawa gelombang biru melanda dun ladang iaitu salah satu dun dalam parlimen Kuala Terengganu. Bagi Angin bukan sahaja Ladang tetapi seluruh PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN DIMENANGI BARISAN NASIONAL dalam PRU13 nanti. Insyaallah... |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan