Rabu, 20 Mac 2013

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , <b>FELDA</b> <b>...</b> - SK Seri Berang

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 

Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

ujang kutik: lebuh raya <b>jerangau</b>-jabur

Posted: 01 Feb 2013 06:49 PM PST



Tika alam merengek,
getar ghairahnya tertampan
malu,
pada jajar-jajar batu yang setia,
dan pepohon hakiki yang meneman.

Lalu,
angin lembah menyingkap,
busana alam yang lerai,
  bak perawan memperaga diri-sunti ,
bernama aku berteleku,
terpegun dan kagum.

Alam,
aku ingin bersama mu,
sekalipun pada kerlingan fatamorgana,
seperti ini.

Saya sangat teruja apabila berurusan dengan alam semula jadi. Pada saya bukit-bukau, gunung-ganang, kampung, lembah, tasik ,  sungai, sawah padi dan mergastua ada aura yang menakjubkan. Saya boleh jadi asyik apabila berkesempatan mengakrab diri dengan elemen-elemen itu. Agak menghairankan,  aura laut kurang menarik minat saya.  
Sepanjang perjalanan Kuala Terenggau – Kuantan ke Kuala Lumpur, saya merintas Lebuh Raya Jerangau-Jabur yang jaraknya lebih kurang 200 km. Kepada pembaca yang belum pernah melalui lebuh raya yang memiliki nama klasik atau purba ( Jerangau-Jabur) ini mungkin menggambarkan bahawa laluan ini sarat dengan pemandangan alam semula jadi yang boleh melekakan.     
Jangkaan anda jauh tersasar. Hampir semua elemen alam semula jadi di kawasan ini telah menjadi sejarah masa lampau!
Kecuali masih tersisa beberapa buah tasik sebelum sampai ke Bukit Besi, laluan sepanjang Lebuh Raya Jerangau-Jabur tidak ada bezanya dengan tempat-tempat lain yang terpaksa mengalah kepada 'sebuah pembangunan'. Boleh dikatakan sebahagian besar kawasan di sini telah dan sedang ditanam dengan tanaman kelapa sawit.
Saya mengalamun betapa indahnya alam semula jadi di kawasan itu sebelum 'diperkosa' oleh 'sebuah pembangunan'.
 
Sebuah mutiara kata berbunyi, " Saya lebih suka lamunan bagi masa yang akan datang daripada lamunan sejarah masa lalu." Sungguhpun demikian, naluri saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya mutiara kata itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads