Rabu, 20 Mac 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Kerajaan Negeri Bantu Promosikan TMT 2013 | Terengganu Today

Posted: 23 Jan 2013 07:35 PM PST

Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan aktiviti, galakan dan promosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) menerusi Sekretariat TMT 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM8 juta dibelanjakan bagi mempromosi pelancongan di Tasik Kenyir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata sebanyak RM44.4 juta pula diperuntukkan bagi projek infra seperti membangunkan dan menambahbaik kemudahan awam di pulau-pulau peranginan termasuk Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir.

"Menerusi peruntukan tambahan itu, selain melaksanakan projek infra dan penambahbaikan di Pulau Bebas Cukai Tasik kenyir, kita juga membelanjakan bagi tujuan perlindungan dan pemuliharaan sungai, penyelenggaraan dan perkhidmatan pengurusan sampah-sarap di pulau peranginan yang terdapat di seluruh negeri.

"Banyak jeti yang mengalami kerosakan akibat kesesakan bot yang berlabuh pada musim tengkujuh lalu. Antara jeti berkenaan adalah Pulau Redang yang sedang diselanggara oleh Jabatan Kerja raya dan jeti Pulau Bidong akan diperbaiki tidak lama lagi," katanya baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Abdul Rahin berkata dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Pulau Bidong yang dipengerusikan oleh beliau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah minggu lalu memutuskan supaya penjagaan dan pemuliharaan pulau itu diketuai Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan Coral Malaysia.

Katanya, pihaknya juga mahu pulau yang pernah menjadi kem pelarian Vietnam itu hanya dibuka kepada pengunjung secara lawatan harian bagi mengekal dan memulihara alam semula jadi dan artifak sejarah di kawasan berkenaan daripada pencemaran serta dan kemusnahan.

"Selain meluluskan kerja pembersihan yang sedang berjalan sekarang, jawatankuasa juga bersetuju unutk membangunkan pusat maklumat pelancong di pulau itu pada tahun ini.

"Kita akan memastikan Pulau Bidong terjaga dari segi alam semula jadinya dan dibangunkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan," katanya.

Menurut beliau, perbelanjaan bagi membangunkan pulau itu tidak termasuk dalam peruntukan RM10 juta bagi membangun dan menguruskan pulau-pulau peranginan seperti Redang, Perhentian dan Lang Tengah menerusi Wilayah Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

Katanya, Pulau Bidong diurus dan dibangunkan menggunaan sumber kewangan dalaman kerajan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads