13 di pulau kapas - Google Blog Search |
- Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Tidak Kesampaian
- teganuku: Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>
- Top 5 Destinasi Percutian <b>Di Pulau</b>-<b>Pulau</b> Malaysia
Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Tidak Kesampaian Posted: 17 Feb 2013 12:51 AM PST KUALA LUMPUR: Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu. Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas. "Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini malam ini. Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak. Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang. "Apa yang lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, Allahyarham memberitahu saya 'Saya akan merindui kamu', dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu," kata Kamariah, ibu kepada empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama Kuswadinata. Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah. Sementara itu, seorang pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan. "Allahyarham banyak mengajar saya dalam dunia lakonan, dan antara insan yang membawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan," katanya. Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang turut menziarahi memberitahu Bernama, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham. "Saya sebagai ketua di sini rasa bertanggungjawab untuk membantu memandangkan Allahyarham juga merupakan seorang anggota qariah masjid berhampiran," katanya. Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan esok. Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris. Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3. - BERNAMA |
teganuku: Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b> Posted: 16 Feb 2013 11:42 AM PST Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia semalam. Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas. "Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya malam semalam. Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak. Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang. Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Aziz Singah. Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan semalam. Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris. Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3. |
Top 5 Destinasi Percutian <b>Di Pulau</b>-<b>Pulau</b> Malaysia Posted: 19 Feb 2013 09:18 PM PST Percutian di pulau memang menenangkan jiwa, Ditambah dengan panorama indah air laut yang biru kehijauan dan pasir pantai yang memutih cukup mengasyikkan. Ia sekali gus bagaikan terapi minda yang penuh dengan pelbagai permasalahan dan juga kekangan kerja yang tidak pernah habis walaupun tahun 2012 baru saja bermula. Dengan pelbagai masalah, kerja dan keserabutan kepala dalam apa juga hal sepanjang tahun lalu, memulakan tahun baru dengan percutian yang mengasyikkan dan santai adalah langkah yang bijak. Justeru, percutian di pulau yang indah adalah destinasi yang menepati tujuan untuk bersantai. Negara kita cukup terkenal dengan pulau yang cukup indah dan eksotik. Sebut saja apa yang diinginkan saat bercuti. Pantai yang putih bersih, air laut biru kehijauan yang tenang, keindahan dasar laut yang memukau serta pemandangan yang mempesona, semuanya ada di pulau di negara kita. Pulau Sipadan Pulau Sipadan terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor penarik melambai ramai pelancong ke sini. Pulau Sipadan adalah sebuah pulau lautan berhampiran Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Ia satu-satunya pulau di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia dilabelkan antara lima lokasi menyelam terbaik di dunia yang menjanjikan keunikan dasar laut memukau dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Sipadan tidak hanya dikenali destinasi menyelam tetapi diiktiraf kawasan santuari burung seawal 1933. Aktiviti selam skuba nadi kawasan perairan ini dan Sipadan adalah syurga hidupan laut. Pemandangan dasar laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk pelbagai karang menanti untuk disaksikan penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia. Pulau Kapas Terletak di daerah Marang iaitu lebih kurang 18 kilometer dari Kuala Terengganu dan enam kilometer dari Jeti Marang, Pulau Kapas antara pulau peranginan paling dekat dengan tanah besar Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas. Pulau Kapas menjadi antara pilihan 'backpackers' dari Eropah dan pelancong tempatan. Dipenuhi pasir pantai putih dan air laut yang jernih, Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan mempesona. Suasana pulau ini pula sangat santai, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelawat untuk berehat. Kedudukannya yang agak terpencil, jauh dari kesibukan tanah besar juga menjadikannya pilihan mereka yang inginkan suasana tenang. Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti selam skuba. Pelbagai jenis batu karang, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba. Pulau Redang, Terengganu Berbekalkan keindahan lautan dan kedamaian yang dirasai, Pulau Redang sememangnya lokasi percutian pantai yang mempesonakan. Pulau Redang antara sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Redang di Terengganu. Pulau Redang menjadi pilihan kerana kecantikan airnya yang berwarna biru kehijauan serta pasirnya yang putih bersih terutama di kawasan Pantai Panjang (Long Beach). Selain itu, ia juga antara pulau di Terengganu yang menjadi penempatan baling banyak penyu mendarat. Perairan dekat pantainya menjadi kawasan kedua diwartakan sebagai Taman Laut selepas Pulau Payar di Kedah. Pulau ini juga antara tapak selam paling popular terutama di kawasan karamnya kapal Perang Dunia Kedua. Di sini anda sudah boleh melihat dengan jelas bermacam-macam jenis ikan dan batu karang. Selain sebagai pusat percutian yang menawarkan pelbagai keunikan dan menyenangkan minda serta fikiran, Pulau Redang juga adalah pusat pembelajaran yang terbaik terutama kanak-kanak yang cukup meminati hidupan dasar laut. Di sini, terumbu karang yang menjadi habitat kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan dapat dilihat dengan jelas. Pulau Perhentian Pulau Perhentian antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Terletak 21 kilometer dari pinggir pantai Terengganu, pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang serta menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat dan menyeronokkan. Pulau ini juga sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Selain melihat keindahan dasar laut Pulau Perhentian yang cantik itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain antaranya meluncur papan air, belayar, berkenu, memancing air laut dalam, snorkel atau mungkin hanya bersantai di tepi pantai saat matahari terbenam. Apa yang menariknya, dengan perkampungan yang kecil dan resort yang lebih berkonsep ringkas, anda pasti akan berasa lebih tenang dan selamat. Bagaimanapun, pulau perhentian hanya boleh dikunjungi selama enam bulan setahun manakala bulan lain ditutup ketika Monsun Timur Laut. Pulau Pangkor Berkeluasan 2,200 hektar dengan jumlah penduduknya kira-kira 25,000 orang, Pulau Pangkor juga antara daya penarik pelancong dari dalam dan luar negara. Di sini, aktiviti yang boleh dilakukan termasuk jet ski, kayak, bola tampar, snorkel dan banyak lagi. Bagi yang sukakan cabaran, berbasikal mengeliling pulau juga mungkin salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Menarik mengenai Pulau Pangkor, selain menawarkan pelbagai aktiviti laut, pengunjung juga boleh mengembara di seluruh pulau kerana Pulau Pangkor juga adalah pulau yang mempunyai banyak perkampungan. Salah satu perkampungan yang pasti membuatkan anda teruja ialah Perkampungan Nelayan Acheh. Anda dapat melihat nelayan menurunkan hasil tangkapan sekitar jam 11 pagi. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat proses penghasilan makanan laut segar yang diusahakan secara komersial di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam. Pelbagai hasil laut bermutu tinggi boleh diperoleh di situ, antaranya ikan bilis, sotong kering, udang, ikan dan makanan ringan yang turut diproses daripada hasil laut dengan harga berpatutan. Pulau lain yang boleh dikunjungi
|
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan