Ahad, 17 Mac 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


PANAS!!! BENDERA PAS KOYAK <b>DI KUALA TERENGGANU</b>???

Posted: 26 Feb 2013 09:00 PM PST

Salam buat semua...

Parlimen Kuala Terengganu biasa menjadi perhatian pemerhati politik setiap kali datangnya pilihanraya. Dikatakan kawasan ini sering bertukar tangan sejak beberapa pilihanraya sebelum ini.

Kali terakhir ialah apabila pilihanraya kecil P036 diadakan pada Mac 2009 setelah penyandangnya Dato Razali Ismail dari Parti Barisan Nasional meninggal dunia.

 

Pilihanraya Kecil itu dimenangi pula oleh PAS melalui wakilnya Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Semasa menerima keputusan itu, ada pengundi begitu bergembira. Mereka solah-olah berpuashati kerana dapat menjatuhkan Barisan Nasional disini. Mereka bertakbir, pasukan bermotor dengan berbaju hijau meraikannya  mengelilingi bandar Kuala Terengganu. Tidak kurang yang sengaja melakukan provokasi, melalui jalan dihadapan rumah calon Barisan Nasional Dato' Wan Ahmad Farid dengan deruman kuat bunyi motosikal masing-masing.

Namun kegembiraan itu rupanya hanya sementara. Selepas 6 bulan, pengundi mula sedar mereka tersilap memilih parti. Ada diantara mereka yang ditemui menyatakan kekesalan kerana memilih PAS. Bagi mereka ternyata PAS tidak mampu memberi apa-apa bantuan kepada rakyat yang memilih parti itu.

Memang betul dari pengamatan penulis, wakil rakyat Kuala Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam, langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai YB. Malah dikatakan tidak turun menjenguk rakyat.

Pernah berlaku kejadian kebakaran di Kg Wakaf Mempelam, Wakil Rakyat ini langsung tidak datang bertanya khabar. Begitu juga jika ada kematian beliau langsung tak nampak batang hidung.

Sebenarnya keadaan ini bukan saja berlaku di Wakaf Mempelam tetapi juga berlaku di 2 DUN lagi yang dimenangi PAS iaitu Batu Buruk dan Ladang.

Kini pilihanraya datang lagi, barulah mereka yang bergelar wakil rakyat dari PAS muncul entah dari gua mana, menunjukkan diri. Mereka mula memberi senyum kepada rakyat. Wahid endut dilihat berada di suatu tempat untuk berbincang tentang Pangsapuri Ladang Gemilang. Dia juga dilihat hadir berceramah di Kg Wakaf Mempelam.


Namun rakyat sudah muak melihat perilaku mereka yang hanya berlakon sempurna ketika musim pilihanraya. Rakyat tak ingin ditipu lagi. Buktinya kini berkibaran bendera Barisan Nasional diseluruh Kuala Terengganu. Mengalahkan bendera PAS. Anak muda telah mula keluar dengan bersemangat memasang bendera Barisan. Ada dikalangan mereka pada tahun 2009 membantu PAS memasang bendera bulan tapi kali ini mereka bersama Barisan Nasional.

Begitu juga program-program Salam Sayang anjuran wanita, ramai muslimah PAS (Boleh dikatakan bekas muslimah) hadir disetiap program di seluruh parlimen ini.
Angin yakin sepenuh hati dengan komitment pemimpin Barisan Nasional selama bertahun membantu rakyat tanpa jemu, rakyat akan membalas jasa mereka dengan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.    

Apalagi bila Angin terbaca komen penulis di dalam Sinar Harian yang mengatakan bahawa gelombang biru melanda dun ladang iaitu salah satu dun dalam parlimen Kuala Terengganu. Bagi Angin bukan sahaja Ladang tetapi seluruh PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN DIMENANGI BARISAN NASIONAL dalam PRU13 nanti. 

Insyaallah...  

billboard pas <b>di kuala terengganu</b> dan marang <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 14 Feb 2013 02:33 AM PST


Beberapa kejadian khianat telah dikesan dilakukan terhadap poster-poster dan billboard PAS, terutama sekali yang membabitkan muka Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Para penyokong PAS serta-merta menuding jari ke arah UMNO dan Barisan Nasional. Kononnya UMNO dan Barisan Nasional sedang ketakutan terhadap kekuatan dan pengaruh serta ketokohan Abdul Hadi Awang menyebabkan UMNO telah mengerahkan para pekerja dan simpatisan mereka melakukan kerja-kerja pengkhianatan tersebut.

Namun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan secara terperinci membabitkan insiden-insiden tersebut. Daripada hasil tinjauan mendapati, kejadian-kejadian tersebut telah dilakukan oleh orang yang sama atau lebih tepat lagi dalam satu pasukan. Sebabnya, ia telah melibatkan 5 kejadian pada 13 Februari 2013 di dalam kawasan Parlimen Marang sahaja.

Kejadian pula dilaporkan berlaku antara jam 2:00 pagi sehingga jam 5:00 pagi.

Dan menariknya, sehingga ke hari ini tiada suspek yang ditahan, ditangkap mahupun yang ditunjukkan oleh PAS sekalipun Lujnah Keselamatan PAS yang membuat aduan mengaku mereka sering dan sentiasa membuat rondaan di tempat-tempat kejadian berkenaan.

Lebih menarik lagi ialah, daripada 5 kejadian khianat, hanya 3 sahaja yang mempunyai laporan polis di IPD Marang dan dua laporan dibuat di IPD Kuala Terengganu.


5 kejadian khianat tersebut berlaku membabitkan billboard di hadapan Masjid Rhu Muda, Marang. Laporan telah dibuat di Balai Polis Marang. Kejadian kedua berlaku di Markas PAS Pengadang Baru, Kuala Terengganu di mana gambar Presiden PAS dan ADUN Wakaf Mempelam telah disimbah cat merah. Kejadian ketiga pula berlaku di Markas UPU, Banggol Tok Ku, Serada, Kuala Terengganu. Dalam kejadian tersebut, banner Presiden PAS telah dikoyakkan. Manakala markas pula telah dilontar cat merah. Selain itu, banner Manifesto juga telah dikoyakkan.

Kejadian keempat berlaku di Simpang Jalan, Kedai Buluh Kuala Terengganu membabitkan simbahan cat merah ke gambar Presiden PAS yang turut memaparkan Manifesto PAS Terengganu. Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat untuk kes berkenaan. Manakala kejadian kelima pula berlaku membabitkan logo PAS yang dibuat daripada tayar di Kampung Pengkalan Star Kuala Terengganu yang disembur dengan cat berwarna hitam dan berlambang salib... TERUSKAN BACAAN DI SEL13.COM

Azie Kitchen: Makan Makan Makan <b>di Kuala Terengganu</b> Part 2

Posted: 12 Feb 2013 01:06 AM PST







Kenapa KT menjadi pilihan percutian? Hmmm pertama kerana saya teringin sangat hendak makan keropok lekor. Berbulan bulan mencari di sana sini orang yang ke KT untuk dikirim keropok lekor, masih belum ditemui. Jadi jalan akhirnya ialah datang sendiri. Kedua, Terengganu adalah  negeri yang paling kurang saya kunjungi kecuali mempunyai urusan dan tugas rasmi. Jadi saya memilih untuk ke sini walaupun anak anak juga menanya soalan yang sama iaitu kenapa KT. Haaa itulah citer nya. 

Hari kedua, saya pagi pagi lagi mengejutkan hubby untuk keluar mencari nasi dagang Bukit Besar yang sedap dan terkenal. Lepas pusing beberapa kali, akhirnya berjaya menemui tempatnya. Hanya tempatnya kerana hari tu gerai seolah ditutup. Akhirnya saya ke gerai nasi dagang di kawasan Cendering. Tempat yang selalu saya kunjungi walaupun setiap kali ke sana saya memberi komen yang ianya tak sedap. Seperti biasa, kali ini pun saya tercari cari jawapan kenapa terlalu ramai sanggup beratur, adakah kerana ianya memang sedap pada selera orang KT atau kerana melihat orang yang ramai. Maaf, saya mungkin silap. Tapi saya tak mahu lagi mengunjungi kedai ini di masa depan. Cukup cukup sudah, cukup di sini sahaja. Nasinya lembik dan tidak seperti nasi dagang yang biasa saya makan. Lauknya juga tak sedap dan tak berasa rempahnya serta terlalu kecil saiznya yang dicubit jer. Apakah orang di sini banyak makan nasi sehingga ikan begitu sedikit? Entahlah. Rasanya ikan tongkol bukan ikan yang dalam kategori ikan mahal tapi kenapa lah begitu sedikitnya. Saya memang jenis makan nasi dengan lauk yang banyak. Ini hanya pendapat peribadi saya yang memang cerewet bab makan sehingga sanggup datang semata mata kerana mencari nasi dagang.


Keluar dari kedai tersebut dengan hati yang sangat tak berpuashati, saya mengajak hubby mencari keropok lekor di Tok Bing. Semasa dalam perjalanan ke sana, sahabat kami  Dato Wan Nazari bertanya lokasi kami. Seperti biasa Dato Wan akan datang menemui kami di mana sahaja kami berada jika kami berada di KT. Begitulah istimewa sekali layanan Dato Wan kepada sahabat sahabat yang mengunjungi Terengganu.






Dato Wan datang menemui kami di kedai keropok lekor. Wah hebat, siap kena mengambil nombor giliran gitu. Baguslah adil namanya, yang dulu didahulukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Haa selepas bersembang, kami mengambil keropok lekor dan terus balik. Aduhaai rezeki sebab Dato Wan memang pemurah. Dia membayar semua keropok lekor kesukaan saya yang dibeli untuk dibawa balik.

Sebelum balik ke hotel, kami ke Pasar Payang konon untuk mencari satar. Selepas diberitahu kawasan Jalan Marang, kami terus ke sana untuk mencari Satar Ikan untuk Nana. Singgah di dua kedai, saya membeli banyak satar. Terus balik ke hotel, selepas tidur seketika sementara menunggu solat zohor. Selepas itu kami ke  Noor Arfa batik, tetapi saya tidak membeli apa apa kerana merasakan ianya overpriced dek namanya yang memang sinonim dengan batik. Dari situ, kami ke Kompleks Warisan berhadapan Pasar Payang. Selepas meninjau beberapa kedai kami membuat keputusan  untuk beredar, kerana saya memang tak tahan panas. Lagi pulak, saya tidak berkenan dengan design yang ada.
Dari sana, kami sekali lagi ke Warong Norazila kerana banyak kedai lain masih belum berniaga sedangkan anak anak sudah lapar. Tetapi di Warong Norazila pun, masih banyak gerai yang belum memulakan perniagaan. Hajat hati nak makan ikan bakar di situ, terpaksa dilupakan. Jadi orderlah juga nasi dagang dan nasi minyak yang saya rasa tidak sedap itu. Saya tidak makan apa apa, hanya melihat anak anak makan sahaja. Sebelum balik, singgah di gerai yang dikatakan Dato Wan berhampiran Hotel Permai. Hmm memang sedap keropok lekornya yang besar dan memang terasa keropoknya banyak ikan. Keropok yang sudah digoreng juga tidak mengecut seperti kebanyakan keropok lekor zaman sekarang. Zaman saya di sekolah rendah dulu, keropok lekor yang dibeli dari rakan sekelas Muhaini Ibrahim memang banyak ikan dan cantik bulat serta tidak mengecut. Balik ke bilik, masing masing lepak sebelum tidur.
Bangun dari tidur dan selepas bersolat maghrib, kami keluar lagi. Kali ini mencari makan di kawasan pasaraya Giant pula di mana terdapat Restoran Matahari yang terdapat steamboat dan lain lain masakan laut. Pelbagai makanan laut dihidangkan untuk steamboat yang berperisa tomyam dan juga sup biasa. 








Dato Wan Nazari datang setelah kami selesai makan. Selepas bersembang sembang, kami mula berangkat balik ke hotel dan Dato Wan Nazari mengajak kami untuk minum minum di coffee house sambil menikmati persembahan live band. Best sangat apabila mereka menyanyikan lagu permintaan saya iaitu Penawar Rindu. Yeaah. Klik di SINI untuk sambungan catatan perjalanan ke KT. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads