13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
- teganuku: Anak Tumbuk Muka Ibu <b>Di Hulu Terengganu</b>
- Gambar & Video Tragedi Kilang Sawit Meletup <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>
- Banjir : 27 sekolah <b>di Terengganu</b> ditutup ABN News | BM
teganuku: Anak Tumbuk Muka Ibu <b>Di Hulu Terengganu</b> Posted: 06 Mar 2013 09:02 AM PST ![]() Difahamkan, kejadian kira-kira jam 2 petang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 51 tahun meminta anaknya menukar saluran siaran televisyen tetapi tidak diendahkan hingga menyebabkan berlaku perselisihan faham antara dua beranak itu. Malah, mangsa juga bimbang sekiranya anaknya melakukan tindakan lain pula," katanya. Sementara itu, |
Gambar & Video Tragedi Kilang Sawit Meletup <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 17 Jan 2013 03:31 AM PST
Pekerja warga Bangladesh itu berkata, ketika kejadian dia sedang memunggah buah sawit kira-kira 10 meter dari tujuh rakannya yang sibuk memasukkan buah sawit ke dalam jentera penyuci hama buah sawit sebelum ia meletup pada jam 7.50 malam.
Azmi dari Kampung Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu dan Pramod mati di tempat kejadian, Sanjib mati di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala Mohd Razlan yang juga penduduk Kampung FELCRA Bukit Kapah, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Tiga lagi pekerja hanya cedera ringan iaitu dua rakyat Bangladesh dikenali sebagai Ahmmed Ali, 39, dan Rezuyan Morom Ali, 45, serta seorang warga Nepal, Sabad Yadav, 44. Mereka dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di HHT, semalam. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();Incoming search terms: |
Banjir : 27 sekolah <b>di Terengganu</b> ditutup ABN News | BM Posted: 27 Feb 2013 02:16 AM PST KUALA TERENGGANU — Sebanyak 27 buah sekolah di Terengganu diarah tutup dan cuti berganti ekoran bencana banjir gelombang ketiga yang melanda negeri itu sejak semalam. Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Hashim Mohd Zain berkata penutupan itu membabitkan 22 sekolah rendah serta lima sekolah menengah dan menjejaskan 13,373 pelajar. Sekolah yang terlibat ialah 14 di Besut, lapan di Hulu Terengganu dan lima di Setiu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya antara sebab sekolah terbabit diarah tutup ialah dinaiki air, dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan sekolah terputus hubungan. Antara sekolah yang ditenggelami air ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, SK Pasir Akar dan SK Darau, semuanya di Besut, katanya. Di Setiu pula membabitkan SK Kampung Bukit, SK Sungai Las, SK Langkap, SK Kampung Buluh dan SK Kampung Besut, manakala di Hulu Terengganu membabitkan SK Bukit Tadok, SK Matang, SK Teris, SK Tengkawang dan SK Jeneris. Katanya sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu dan SK Seri Payong serta SK Tenang di Besut. Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih setelah jalan utama ke sekolah terbabit dinaiki air setinggi hampir dua meter. Semua sekolah ini akan ditutup sehingga keadaan mengizinkan, katanya - Bernama |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan