Dari sana, kami sekali lagi ke Warong Norazila kerana banyak kedai lain masih belum berniaga sedangkan anak anak sudah lapar. Tetapi di Warong Norazila pun, masih banyak gerai yang belum memulakan perniagaan. Hajat hati nak makan ikan bakar di situ, terpaksa dilupakan. Jadi orderlah juga nasi dagang dan nasi minyak yang saya rasa tidak sedap itu. Saya tidak makan apa apa, hanya melihat anak anak makan sahaja. Sebelum balik, singgah di gerai yang dikatakan Dato Wan berhampiran Hotel Permai. Hmm memang sedap keropok lekornya yang besar dan memang terasa keropoknya banyak ikan. Keropok yang sudah digoreng juga tidak mengecut seperti kebanyakan keropok lekor zaman sekarang. Zaman saya di sekolah rendah dulu, keropok lekor yang dibeli dari rakan sekelas Muhaini Ibrahim memang banyak ikan dan cantik bulat serta tidak mengecut. Balik ke bilik, masing masing lepak sebelum tidur.
Bangun dari tidur dan selepas bersolat maghrib, kami keluar lagi. Kali ini mencari makan di kawasan pasaraya Giant pula di mana terdapat Restoran Matahari yang terdapat steamboat dan lain lain masakan laut. Pelbagai makanan laut dihidangkan untuk steamboat yang berperisa tomyam dan juga sup biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan