13 di batu rakit - Google Blog Search |
Mayat Terdampar <b>Di</b> Pantai <b>Batu Rakit</b> | MyNewsHub Posted: 15 Jan 2013 04:26 AM PST KUALA TERENGGANU – Mayat seorang lelaki, dipercayai rakyat asing ditemui terdampar di pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, mayat itu dijumpai penduduk kampung pada pukul 6.08 petang. "Kami percaya mangsa warganegara asing kerana terdapat tatu pada bahagian badan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang membengkak dan hampir reput, polis percaya lelaki itu mati lemas beberapa hari lepas. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu. Zamri berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. – BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Pelajar <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b> Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST Sebanyak RM2,773 Bantuan Pakaian Sekolah diagihkan kepada 2,773 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit. Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar atau maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 sekeluarga. Seramai 1,697 keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 di DUN itu layak menerima sumbangan, membabitkan 1,524 pelajar sekolah menengah dan 1,249 pelajar sekolah rendah. Pengagihan secara berperingkat-peringkat melibatkan tiga kawasan iaitu zon pantai, dan zon darat diagihkan berakhir minggu lalu, manakala zon pulau dijangka menerima sumbangan dalam tempoh terdekat atau bergantung kepada keadaan cuaca. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, berkata pengagihan sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil cakna tentang kebajikan rakyat. "Walaupun pengagihan bantuan sama bakal diagihkan kerajaan Pusat, Terengganu tetap menghulurkan bantuan semata-mata tidak mahu melihat rakyat susah dan tiada lagi pelajar memakai pakaian lusuh, kasut dan beg koyak. "Ibu bapa disaran bersama-sama kerajaan negeri mengambil cakna tentang pelajaran anak-anak masing-masing. "Melalui pelajaran saja, keadaan kehidupan kita boleh berubah daripada miskin kepada lebih selesa dan sempurna," katanya |
You are subscribed to email updates from di batu rakit - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan