Selasa, 19 Mac 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Institut Tahfiz Perkaya dibina <b>di</b> Marang dan <b>Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2012 10:23 PM PDT

Sebahagian anak yatim Perkaya bersama warga DiGi Happy pada Majlis Iftar Ramadan Anak Yatim Perkaya bersama media oleh DiGi.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) memperuntukkan kira-kira RM2 juta bagi membina dua buah sekolah menengah tahfiz yang dikenali sebagai Institut Tahfiz Perkaya di Marang dan Hulu Terengganu.

Yang Dipertua Perkaya, Dato' Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, sekolah yang mampu menampung kapasiti 500 pelajar itu akan mula dibina awal tahun depan.

Menurut beliau, penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu pelajar yang tidak bernasib baik untuk mendapat akses pendidikan dan berusaha menjadi sebuah institusi pendidikan cemerlang.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya pada majlis Iftar Ramadan Digi bersama 200 anak-anak yatim asrama Perkaya Marang dan media di Hotel Primula, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni Asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa.

Selepas sekolah itu siap kelak kata Dato' Dr. Tengku Mahmud, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads