13 di paka - Google Blog Search |
11 Permis /Restoran <b>Di</b> Pekan Ranau Bersama 6 <b>Di</b> Kundasang <b>...</b> Posted: 14 Oct 2012 03:34 AM PDT Sebelas buah premis (gerai makan) di pekan Ranau dan empat lagi di Pekan Kundasang telah diarah supaya ditutup buat sementara kerana tahap kebersihannya tidak mematuhi garis panduan seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Dalam operasi pemeriksaan bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Ranau dan pihak Penguat-Kuasa Majlis Daerah Ranau (MDR) selama tiga hari (8-10 OKtober) itu melibatkan 50 buah premis di pekan Ranau dan 23 buah di pekan Kundasang, mendapati kebanyakan para pemilik premis yang diarah ditutup itu tidak mematuhi pelbagai siri kebersihan termasuklah, keberihan ruang dapur, penyimpanan bahan mentah, kebersihan penyediaan makanan, pekerja premis tidak memilik kad pemeriksaan kesihatan terutama suntikan typhoid, berkuku panjang, tidak berpakaian kemas dan gagal menyediakan tahap kebersihan tandas. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Unit Kesihatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau, Saimin Bin Wahaman bersama Pegawai Eksekuitif MDR, Jupirin Haji Ruhimin ketika ditemui memberitahu, operasi bersepadu itu merupakan antara usaha murni kedua-dua agensi berkenaan sebagai menyahut seruan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Kesihatan mempastikan kebersihan semua premis atau gerai makan di seluruh negara termasuk di Sabah berada ditahap yang terbaik. "Program Pengredan Premis makanan seumpama ini, di daerah Ranau dan Kundasang difikirkan wajar secara berterusan, memandangkan kedua-dua kawasan ini merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia", kata Saimin yang juga 'Turun Padang' menyertai program tersebut. Menurut Saimin para pemilik premis yang diarah supaya ditutup itu berkuat-kuasa serta-merta sehingga tempuh 14 hari dan kegagalan untuk mematuhi peraturan seperti yang kehendaki, boleh dikenakan tindakan kompaun tertakluk kepada akta makanan 1985. "Bagaimanapun, jika para pengusaha premis yang diarah tutup itu, dapat memperbaiki kelemahan/kekurangan yang ada, dalam tempuh 14 hari maka kita akan membenarkan mereka membuka semuala premis", jelas Saimin sambil membayangkan operasi yang sama akan dijalankan melibatkan semua pusat penginapan atau resort dan Homestay (Enam Desa) di kawasan Ranau dan Kundasang, bagi mempastikan tahap kebersihan persekitaran terutama ruang dapur atau premis di tempat tumpuan pelancong sentiasa bersih. Saimin menjelaskan, operasi bersepadu dengan MDR itu bukanlah bertujuan untuk menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya lebih menjurus kepada memberi kesedaran kepada para pengusaha terlibat supaya sentiasa menjaga kebersihan premis masing-masing secara berterusan. "Mereka perlu sedar tentang keperluan kebersihan persekitaran premis mereka terutama bahagian dapur dan peralatan yang digunakan, untuk mengelakkan sebarang bentuk keracunan makanan melibatkan orang awam atau pelanggan", kata Saimin. Sementara itu, Jupirin pula mengingatkan orang ramai supaya memberi kerjasama kepada PBT untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan keindahan pekan Ranau, memandangkan pekan itu adalah pekan persinggahan dan lokasi peranginan menarik bukan sahaja para pengunjung tempatan malah pelancong luar negara. |
You are subscribed to email updates from di paka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan